Thursday, October 13, 2011

about BREASTFEEDING

Assalammualaikum w.b.t readers,
Lamanyer tak berblogging. nak BW lagi ler malas. yela, kalau dah blog sendiri pon tak bukak. ni kan pulak nak usha blog orang lain. adehhh...nak kata busy kat ofis, aku sentiasa je la free (for this time being je la) yela, projek dah siap just tunggu transfer letter keluar jek. ni pun dah berkudis tiap2 hari datang ofis bukak internet jer. but d good point is aku boley search perkara2 berkaitan dengan baby.hihi. like toys untuk baby, blog2 baju baby yang comel2, and sekarang tengah berusaha dengan gigih untuk carik resipi for my baby. less two months from now, Firas akan start makan solid food. so, aku sebagai ibu will try to give the best for him. excited pulak rasa nak bagi Firas makan. selalu nye bila time aku makan Firas duk perati je. macam nak join sekali. sesekali mulut die mesti terkumat- kamit jugak macam nak makan. sedih pulak tengok die. tapi aku tak berani nak bagi die makan solid food lagi sebab the best time to feeding baby is after they turns 6 month. even my paed pernah inform kalau nak bagi baby makan start 4 month pon dah boley tapi aku tak berapa confident pulak. takut sistem penghadaman baby belum cukup matang. takpelah, pejam celik pejam celik sok dapat jugaklah firas makan solid food kan. 
 
so far, aku berjaya fully breastfeeding (BF) Firas. i enjoy every moments when im with him. especially time BF la. feeling tuh macam lain sikit. aku rasa every time aku BF firas aku rasa macam dekat sangat dengan dia. how to explain yer? hehe. maybe tulah kot kelebihan BF baby sendiri. satu perasaan yang susah nak gambarkan. sebab tiap kali BF, firas mesti carik jari aku untuk die genggam. while tengah riba die time BF, tangan aku yang tengah riba die aku akan usap2/tepuk2 paha die. so, dia akan slowly terlelap sambil mulut still nyot2. hihi. cute kan? and kadang2 boley sampai setengah jam ke sejam die nyot2 sambil tidur. and kalau aku memang free time tu aku akan biarkan jer situasi tuh. selesa bila macam tuh. and if die lapar but not sleepy, bila time BF tuh kadang2 die akan stop nyot2 then pandang muka aku sambil senyum then continue nyot2 lagi. haha. sempat lagi senyum ko. cute kan? and sometimes die boley buat macam 4,5x in one time. just to give a smile! owh, my.....sangat bahagia rasanya. hehe.

actually, tadi masa tengah bosan2 bukak FB, aku terjumpa something yang agak bagus for BF mom like me. let's check it out!
*wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya, akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya
*wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, maka Allah SWT beri satu tahun pahala solat dan puasa
*kalau wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh dua setengah tahun, maka malaikat di langit mengkhabarkan syurga wajib baginya
*seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan beroleh pahala seperti membebaskan 20 orang hamba..
 
since Firas lahir aku dah determine, " i wanna fully BF my baby until he turns 2" . even masa 2,3 days after delivered, susu badan aku takde, aku rasa kecewa sangat2. then, after urut baru lah susu badan melimpah ruah or like other mommies categorized it as "susu meriah". time tuh memang sangat2 suka. and even Firas tak BF pon susu still keluar sampai basah baju. then, bila fikir dari susu ni dibazirkan ke baju better aku beli breast pump (BP). alhamdullillah maybe time tuh memang rezeki anak orang kata. hujung bulan June (my confinement period) dapat bonus. seronok sangat2. dah ler tak keje pas2 dapat duit masyuk. memang gila suka la time tuh. terus beli package breast pump (for working mother) dekat One Baby World. mula2 terfikir nak beli yang manual tapi bila pikir sok2 aku nak keje tak kan nak pump manual. mesti lambat. last2 i choose Medela Mini Electric. takpelah habis beratus janji berbaloi dari kene keluar kan duit bulan2 beli formula milk (FM). dari situ boley lah aku saving. dari bulan2 aku habiskan duit beli FM better duit tuh aku buat saving for Firas or belikan new toys and clothes for him. kan ker jimat namenyer tuh. hehe. hopefully usaha aku nak BF Firas sampai umur 2 tahun tercapai. amin. hope mommies kat luar sane yang fully BF their babies pon berjaya gak. hehe.
 Bila cite pasal BF, lepas raya aritu susu aku memang drop sikit. bese orang drop susu time puasa. tapi aku terbalik. lepas raya pulak susu jadi sikit. kadang2 pam dapat la dalam 1-3oz. memang gila kecewa la time tuh. tapi memang silap aku gak. even aku direct feed (DF) Firas, tapi aku jarang pam. so, susu drop. pas2 pulak bila g beraya tuan rumah duk hidang air berais. takkan la nak demand "cik tuan rumah ,saya ni BF anak saya, tolong buat air panas boley?" meme kene cepuk la dengan tuan rumah kan? silap2 kene halau. kehkehkeh. oke, tipu jer. tak buat camtuh pon. silap aku sebenarnyer. merelakan diri sendiri minum ais. amekaw!!!then, macam2 la ikhtiar aku buat. antaranya:-
1) Minum susu.
Aku amalkan minum susu Anmum LACTA. before this, aku minum Horlicks je. tapi bila bawak Firas g check up , doc marah aku minum Horlicks sebab masa aku pregnant dulu pernah ada kes diabetese. so, doc tak prefer aku minum Horlicks and ask me to drink milk. and sampai sekarang aku maintain minum Anmum eventho, aku pernah cakap kat doc kalau minum Anmum nanti cepat gemok. silap2 kene marah lagi. muahahaha. doc tak agree statement tuh. doc cakap orang jadi gemok because they not control what they eat. ha..amekaw! so, sekarang susu aku amek just 2 times per day. pagi & malam. nescafe & coffee pulak meme dah lame aku tak sentuh. milo kadang2 jer buat bila perasan stok susu dah abih. T_T
2) Minum banyak air masak.
Yang ni pon aku duk kene marah ngan doc. since preggy lagi doc dah pesan kat aku. "u have to drink 2-3 bottles (1.5l) water per day. selagi urine u tak putih macam air masak selagi tuh badan u tak cukup air." ha..lagi sekali. amekaw!!!since dat day, tiap2 hari aku akan pastikan siang aku abehkan 1.5-2l air masak and malam pun dalam kuantiti yang sama. sebab bila BF, aku akan cepat rasa haus. that's y doc cakap badan kite dehydrate. sebab kurang minum air. nak2 bila BF. 
3) Banyakkan makan sayur and buah.
Kalau pasal makan kadang2 aku cepat lapar, kadang ok je nafsu nak makan. takdela rasa asek nak mengunyah jer. hehe. ni pon doc dah pesan banyak kali jugak. "sayur hijau perlu 3/4 dalam pinggan nasi u." means kalau nak makan, sayur je la yang penuh dalam pinggan. nasi tuh amek je la sesenduk sudah. huhu. tapi aku lebih banyak makan buah dari sayur.
4) Pil Tambah Susu
Yang ni aku makan bila rasa susu kurang. ade certain pills yang work out. aku pernah makan satu pills neh and betol2 effective. baru 2,3 jam makan cik B dah bengkak. and cepat2 kene pump. kalau x, memang sakit gila la menahan bengkak cik B. pernah sekali aku kene g course kat HQ, so, waktu lunch memang tak dapekla nak balik umah BF kan firas sebab usually time lunch aku balik tuk BF kan firas. tapi hari tu tak dapat.yela, PJ-Seremban celah mane nye nak balik untuk sejam jer kan? dahlah dengan BP nyer tak bawak. bila dah pukul 3pm cik B dah membesar dan membengkak. abeh je course terus pecut laju balik seremban. sampai je rumah bagi BF Firas baru ler lega. then, still kene pump sebab cik B still banyak air. 
5) Halba (Fenugreek)
Yang ni aku pernah terbaca kat forum. ramai suggest makan benda ni sebab boley banyakkan susu. so far, aku minum ok la. tapi rase die......korang rasa la sendiri. hehe. malas nak bagi taw. kehkehkeh. 
6) Tuam cik B with daun sirih.
Yang ni pon kekadang jer aku buat. bila time ade free. hehe. tapi memang betol pon. cik B ni kene selalu tuam/urut baru susu 2 lancar.
7) Makan supplemen.
Untuk supplemen, aku makan ESP & Lecithin. tapi aku bukan nak jatuhkan produk orang. but yang ni aku makan tak berkesan pape pon. abeh jahanam duit aku terbang tapi not effective at all. susu makin takde lagi la. geram!!!bila tanya kat agent tuh nape susu kurang, diorang suh beli complete set. adehhh..kot produk ko murah and berkesan takpe gak. memang tak la aku nak beli lagi. tertipu sudah gua....menchik!!! @_@ eh, kejap. aku tak tau la kot lain orang makan kot oke ke, aku makan x oke. yela. hormon kan lain2 kan?
8) Lobak putih.
ok, yang ni confirm aku tak try lagi. aritu dah berkobar2 nak makan sekali lobak putih xde plak. sedih. T_T. takpe..takpe..next time aku borong 1 bakul lobak putih. ngeh3.

Setakat ni, ni je la yang aku amalkan .kot ade sesape ade petua lagi best nak meriahkan susu. mehler share ngan aku. hehe. tibe2 rase macam nak follow Dynas Mokhtar yang sangat commited BF her lil dotter..isnt that suweeeet? ngeeeeeeeeeeee~~ ^_^


 

Wednesday, September 7, 2011

Firas genap 3 bulan

Salam readers

Hari ni 07/09/11 bermakna baby Firas dah genap 3 bulan. Rase macam kejap je die membesar. And aku rase lagi tak sabar nak tengok die membesar lagi. Heeeee~~
Ari Isnin lepas aku bawak Firas untuk check up 3 bulan. Aku bawak ke private jer. Malas nak bawak ke KK. Sebab nurse dekat KK rumah my mom tuh very cerewet la. Lepas kes kuning Firas and kes aku bertekak dengan nurse kat situ terus dah aku banned klinik tuh. Haha. Jahat gile kan?? Aku prefer g private sebab tak yah apply leave and tak perlu tunggu turn lelame.  Walaupon mahal tapi nasib boley claim balik. Hehe. Apedehal kan?dah jalan senang ade watpe nak susahkan badan. Ye dop?


Alhamdulillah sampai ke harini baby Firas membesar dengan baik. Kire kalau folo graf memang cantik ler graf nyer. Berat baby Firas pon dah 6.5kg. patot ler berat semacam jer kalau dukung baby Firas. 6.5kg atas lengan. Huhu. And alhamdulillah sampai ke hari ni kesihatan baby Firas pon memuaskan. Setakat ni Firas belom lagi pernah demam2 or selsema. Kuat jugak anak ibu yek?heh.berkat minum susu ibu kot. so, antibodi nye pon kuat la. *yeke?* tapi takpe sebab memang dah terbukti susu ibu memang  the best in the world. hehe. and aku pon memang fully BF baby firas. tak pernah campor pon  dengan FM setakat nie. 


Or maybe jugak die ikot gen aku yang susah nak dapat penyakit tapi once dah kene memang lame gile la nak sembuh. Sebab aku ni jenis yang kalau datang sakit lambat nak sembuh and yang paling best dapat pakej. Demam + batuk + selsema + pening kepale. Huhu...


 ni pic time malam raye aritu. keje die memang best. tido, bangun nyusu pastu tdo balik .bile lapar bangun lagi and then tido balik. haha. seronok jage baby Firas sebab die xbanyak ragam. nak mandi pon kadang2 kene kejutkan. pic yang ni enchek suami cakap macam die kene paksa tutup mate untuk tidur. hehe...


 sekarang ni aku tengah usha2 benda alah kat bawah ni. nak belikan untuk baby Firas. tadi dah usha price dekat babymanjaku. boley tahan dak price die. huhu. sekarang pon baby Firas dah pandai borak. pernah sekali pukul 5am die bangun lepas bagi susu terus die ajak borak. adeh, bengkak mate layan die sorang jer. terpaksalah aku and enchek suami melayan borak die. and habit terbaru die sekarang suke hisap jari. and tangan pon dah pandai menggapai2. so, kalau dah ade play gym ni maybe die boley explore benda alah ni kan? balik keje ni nak terus g baby manjaku la. heeee~~


Thursday, May 19, 2011

check up 37 w + 2 days

salam readers,

pagi2 dah dapat call from my sis, kak lang. tiba-tiba je dah terjah orang pagi2. aku lak time tuh tengah mamai2 baru bangun tidor. hehe. my sis cakap anak die, zafran tiba2 bangun tidur tanya mane mak tehnya. tuh yang akak aku terus kol aku sebab zafran nak cakap dengan aku. alahai, si tenit nih dah pandai rindu mak teh die. my sis cakap maybe malam tuh die mimpikan aku tu yang bangun2 terus tanya pasal aku and kakak aku lak terus direct kol aku. suke giler bile zafran cakap die rindu mak teh. huaaaa...terharu betol. mak teh pon rindu zafran jugak. memuuuaaaahhh. hehe. sempat jugak zafran tanya aku "mak teh, baby dah kua ker belom?" alahai, comeynyer bila die tanya macam tuh. ^_^


zafran with pak teh 

little z. lepas ni dah ade anak sendiri mesti dah tak rindu kat zafran lagi. hehe.


oke, lupakan kejap pasal anak buah aku ni sebab arini aku nak share pasal check up arini. arini dapat chance jumpa ketua jururawat KK BSP. and doc lak memang kene jumpa lah tiap2 minggu nak2 dah masok minggu2 yang terkahir nie. so, memang wajib kene refer doc. tapi sebelom jumpa doc, kene refer dekat nurse dulu. so, arini ketua jururawat yang buat check up. ala yang duk peksa jantung baby, cek tinggi rahim and position baby tuh la kan. so far semua oke. no problemos. tapi masa tengah duk check up tuh, nurse neh sempat lah borak2 jap bagi info yang aku tak penah taw pon sebelom neh. aku pon tak taw la mommy-to-be yang laen taw ke tidak. tapi kalau yang dah taw tuh bagus la. yang tak tau meh aku share sikit. hehe.

menurut nurse tuh, last weeks die cakap die pergi taklimat pasal ibu mengandung dekat Bangi. speaker taklimat tuh kire pakar pemakanan dan zat amendetah aku pon dah lupa. nama die pon aku dah lupa even nurse tuh ade mentioned tadi. oke,  masa taklimat tuh, doc tuh terangkanlah kenapa HB, iaitu hemoglobin dalam badan ibu mengandung kurang even ibu-ibu mengandung neh dah makan makanan yang berkhasiat and minum susu 2x sehari. antara sebabnya, meh aku senarai kat bawah ni (nie ikot cakap nurse tuh taw, bukan aku pandai2 reka cerita dongeng) hehe.. :-

  • susu Anmum / Enfamama (2 ni je yang nurse tuh inform, aku xtau la susu ibu mengandung yang lain oke ke tak) sebenarnye tidak membantu untuk tingkatkan HB ibu mengandung malah sebenarnye susu nih just menambahkan berat badan ibu mengandung sebab susu nih banyak lemak. that's why kadang2 ibu mengandung berat naik banyak tapi HB tetap sikit. macam aku ler. so, doc tuh kate kalau tak minum susu ibu mengandung pon takpe, minum susu tepung biasa or susu kotak tuh pon dah cukup baik. padahal kalau kite tengok dekat kotak susu Anmum tuh penuhlah die tulis khasiat susu tuh boley tolong bagi kalsium kat baby la, perkembangan otak baby la and etc. tapi tuh semua just cara diorg mempromosikan brand masing2 untuk tarik perhatian ibu2 mengandung. (owh..tipah tertipu rupenyer)
  • produk soya pon sangat tak membantu. kalau nak jugak minum soya boley tapi jangan diambil sekali sewaktu makan nasi or makanan2 yang berkhasiat. sebab nanti khasiat2 yang ade pada makanan yang diambil tak dapat diserap oleh badan.
  • Milo sebenarnya mengandungi kafein jugak taw. so, kalau terasa nak minum boley tapi cara pengambilan sama macam soya jugak. tidak diambil sekali sewaktu makan makanan berkhasiat. maksudnya, kalau tengah makan nasi + sayur + daging, jangan ambil air milo/soya bersama2. maybe boley minum soya/milo tuh time 2-3 jam lepas makan nasi. 
  • cara nak masak sayur pon ade jugak cara die taw. buat ibu2 mengandung yang masak sendiri kat rumah (macam aku) kalau nak masak sayur tuh kalau boley campurlah sekali dengan ikan bilis/udang kering/udang/etc sebab kalau hanya sayur sahaja sebenarnya tak mempunyai khasiat yang banyak. so, lepas nih kalau nak masak boley lah tambah sedikit perencah macam ikan bilis ker..hehe.
  • yang tips nih maybe agak lawak sikit kalau dengar. if korang nak masak sayur tuh, better guna kuali/ periuk jenis besi/stainless steel sebab penggunaan periuk / kuali besi dapat mengekalkan zat besi yang ade dalam sayur tuh. haha. bunyik macam tak berapa logik tapi nih yang doc tuh bagitaw. wallahualam. aku hanya sekadar menyampaikan. huhu.

ni antara info-info yang nurse tuh share dengan aku. lagi satu die tekankan, pasal pergerakan anak. nak kene sentiasa alert and tak boley skip pon catit jadual pergerakan anak tuh sebab based on her experience die da dapat banyak kes baby mati sebab lemas dalam perut. semua tuh sebab kecuaian ibu sebab tak alert dengan pergerakan anak. sebab ibu2 semua dah dipesan kalau baby kurang gerak kene cepat2 g hospital kan? aku rasa sape2 yang g check up kat KK, mesti nurse akan pesan. macam aku la. every weeks nurse akan tanya and check carta gerak baby aku tuh. nurse tuh bagitaw lagi ade jugak ibu2 bila anak kurang gerak sampai 2-3 hari masih tak refer hospital. tu lah yang menyebabkan anak lemas. pelik aku . takkan la sampai 2-3 hari anak tak gerak pon tak perasan kan? kalau dalam masa 2-3 jam pon tak gerak dah risau ni kan pulak 2-3 hari. so, kalau kes macam ni ibu yang cuai. so, tak boley nak salahkan nurse or pihak hospital. huhu. so, mommy-to-be semua kene alert lah dengan gerakan baby masing2 yek.. (peringatan kepada diri sendiri jugak..huhu.)

and last but not least...pasal ubat dari klinik. kalau sape2 g check up kat klinik govt mesti dapat 4 paket ubat yang kene makan kan? acid folic, vit b complex, acid ascorbic dengan ferum amendetah name die. aku tak sure pulak kalau private clinic bagi ubat ape tapi nurse tuh cakap better makan ubat dari klinik govt compare makan obimin. even obimin tuh kire dah lengkap macam 4 in 1 (dah termasuk empat ubat yang aku mentioned kat atas tuh) tapi nurse tuh cakap lagi better makan sebijik2 ubat yang klinik govt bagi tuh. memang la macam azab nak telan empat bijik sekali tuh tapi penyerapan ubat2 tuh lebih bagus dari obimin. (haha..ubat yang ni aku tak makan semua pon, just telan acid folic and vit b complex je sebab dua2 tuh yang paling kecik and takde bau sangat) lagi dua tuh memang tong sampah kot yang makan. huhu. ha..kire ni je la antara info yang aku dapat dari nurse tuh. kire onfo yang agak baru and aku pon tak tahu sangat la nie. hopefully dapatlah membantu mommy-to-be yang lain. hiks. tadi jumpe doc, tak banyak yang doc komen sebab aku takde masalah. so, tunggu hari je la jawabnyer. hehe. 


~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~