Saturday, November 20, 2010

~~Salam Aidil Adha~~

 salam Aidil Adha readers,

haihhh..dah empat hari raya berlalu, baru mampu untuk post entry pasal Aidil Adha. *sadis sungguh* keadaan line Maxis yang sangat kureng di hometown enchek suami menyebabkan aku tak dapat untuk berhubung dengan dunia alam maya. kalau dapat pon kire LUCKY SANGAT!!!! tapi kalau tak dapat tuh, nak upload webpage GOOGLE pon kene tunggu half an hour. takkuasaakunaktunggunyah!atlast, disconnect terus sebab menanges nak tunggu dapat page GOOGLE.


Oke, ape korang buat raye aritu? aku? keje aku tidur, makan, tidur, makan. buruk punya perangai menantu neh. eh..eh..eh..jap3. bukan sengaja pon. tapi sebab perut meragam. budak kecik di dalam asek membuang angin so, penuhlah perut aku dengan angin. dah melantak lemang and lontong pon masih terasa LAPAR GILE!!!!so, bile tak larat enchek suami pon suh tidur. bila dah terjaga enchek suami tanya, perut macam mana? lapar tak? aku angguk terus and terus enchek suami ajak g makan. lepas makan enchek suami tanya lagi. perut macam mana? oke tak? kalau tak oke pergi baring. ha..kau. mau GEMOK aku macam neh tiap hari. mwahahaha. makan tidur..makan tidur je keje nye.


so,pagi raya. breakfast aku telah skip. sebab tunggu pihak lelaki pulang dari masjid baru memulakan acara makan beramai2. eh, opppsss..makan beramai2 oke. bukan makan paling banyak. tapi bak kata abang enchek suami pada anak2 nyer. "ni kan hari raya, makan je banyak2. mwahahaha." so, melantak la selagi mampu. owh, sile lah jangan tiru ini perangai kalau perut tak mampu nak terima oke. after makan, beralih ka acara salam bersalaman. maaf- bermaafan. owh, first time beraya di perantauan. *hakhakhak tuih* GILE SEDEY takde mak ayah kandung di sisi.adik-beradik kandung di sisi. mau nanges je rasa. tapi naseb baek gua tabah. tak nanges babe!!!mwahahaha. dapat call my mom rasa happy gile2 sangat.


oke, after abeh salam bersalaman, semua duk berkumpul and start sharing stories. tapi oleh sebab kakak2 ipar ku semua dah ade anak. semua cite pasal anak masing2. tak tahu cmane aku nak mencelah. takkan nak cite "owh, baby dalam perut uda pon macam tuh jugak" mau kene tendang laju2 nanti .mwahahaha. lepas tuh,ade kids show. anak buah enchek suami buat show depan kami semua setelah dipaksa oleh bapaknyer. ectelli, niece enchek suami a.ka. haifa akan buat show untuk majlis tahunan kat nursery dia. so, chekgu kat sekolah die ajar la dancing untuk show tuh. kire yang haifa buat untuk kami neh pre-show la. bila ayah dia start music dia pon start la dancing. ke kiri ke kanan lepas tuh gelek2 tergedik2. chomel je aku tengok. gelek dia yang tak tahan tuh. maut sungguh. *kalau budak2 gelek oke lagi, kalau dewasa menggelek tergedik2 macam kat dalam show TUTTTTTT!!! tuh rasa macam nak lempang lelaju jer*muntah hijau aku*agagagaga.


oke, enjoy pics enchek suami yang aku sempat snap before die pergi masjid. candid neh. curik2 amek taw..syhhhhh..


aku nak tolong dia pakaikan samping.
tapi...
enchek suami tak bagi...
katenye dah ade wudhu...
takut terbatal nanti....mwahahaha.
saje mencarik alasan untuk kenekan enchek suami...ngeeee~~



perut meragam pon still sempat snap pic candid enchek suami.hoho.
sorry laling.lebiu.muah!!!!


p/s: windu my notty cutey nephew yang da pulang ke sg.petani sebab folo his ummi balik sane. owh...menchik!!! T_T





Sunday, November 14, 2010

Amalan-amalan ketika mengandung

salam readers,
tadi sempat cari sikit info tentang tips2 or perkara2 yang kita boley amalkan waktu preggy neh. source dia aku amek kat sini .


Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat.

Ibu yang hamil digalakkan mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nantibersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik.  Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang samaketika isterinya mengandung.  Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunaajat ke hadrat Allah S.W.T dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat da agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut. Doanya:-











"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.




Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.


Tambahan sikit: my m.i.l pernah bagi taw aku supaya selalu amalkan membaca surah Luqman, surah Yusuf dan surah Maryam. sebab my m.i.l cakap surah Luqman nih kebaikan nya untuk medapatkan anak yang cerdik, pandai dan seangkatan dengannyalah. surah Yusuf untuk dapatkan anak yang cantik / handsome. dan surah Maryam adalah untuk memudahkan kita (kaum wanita) untuk bersalin nanti.




Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.






Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenangkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah. 



  
Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.







p/s: aku pernah dengar satu video ustaz beri ceramah. ustaz neh cakap kalau nak mudah bersalin kena dapatkan redha dari suami. and kalau boleh suruh suami teman sekali masa nak bersalin tuh. and minta halalkan segala makan minum dan segala perbuatan kita dari suami. InsyaAllah, mudahlah bersalin nanti. =)





















 

ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je..betol ker???

salam readers,

sumthing to share: betol ke macam ni? hehe..jom baca dulu!!!



Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

p/s: betul ke cmni?? (*_*)


haha. korang rasa betol ker? hehe. pada aku, setakat neh alhamdulillah. tak sampai ke tahap macam kat atas neh. kami da lepas pon 6 bulan kawen tapi takde pulak macam dialog2 kat atas neh. next five years tak tahu la kan??tapi harap2 tak macam kat atas ni la. sape nak kan? huhu. 





Wednesday, November 3, 2010

am i too excited???

salam readers,

sejak colleagues hubby tahu pasal gud news tentang aku nih macam2 tips and petua diorang turunkan kat hubby.
and the only friend yang tahu aku pregnant just pya a.k.a sofia yang jugak preggy cam aku (tapi setakat arini sudah ade beberapa orang yang dah tau. dah tak surprise sudah. huhu). tak sangka dapat preggy same2. hehe. tapi bila baca blog pya rasa kesian pulak dekat pya sebab die dapat alahan yang teruk.  hope bff aku yang sorang neh tabah la dengan ujian yang die sedang lalui. huhu. macam aku, mabuk tuh takde cuma angin badan yang melampau2 sangat. tak boley lambat makan, confirm perut akan memulas2 sakit. pedih.

berbalik kepada story pasal colleagues hubby tadi. akak2 tuh semua dok cite experience masing-masing. Cuba bayangkan dekat office hubby ade 4 orang kakak2 yang da ade experience pregnant.
so, semua duk bercerita tentang hal2 berkaitan pregnant neh.tiap2 hari mesti hubby akan bagi info & petua bila balik rumah.tentang apa yang boley makan, ape yang tak boley.
ape yang kami kene buat, ape yang tak boley. makanan yang bagus untuk baby dalam perut. macam2 la.
sampai bila hubby dah tak larat nak dengar hubby cakap "nanti kalau wife saya nak tanya pape, saya suh die emel akak je la."
haha.sampai macam tuh sekali sebab dah tak larat nak dengar. akak2 tuh pulak ape lagi siap cakap " boley2. kitaorang sedia membantu". haha. macam da appoint kakak2 tuh jadi consultant aku pulak.
yang tak boley tahan siap tanya "plan nanti nak bersalin kat mana?"
tak boley blah kan? Perut pon tak nampak besor lagi dah tanya plan nak bersalin kat mana.nasib baik diorang tak tanya nanti nak letak nama anak ape. haha. lagi melampau. aku senirik pon tak pikir lagi. baru je nak suarakan kat hubby, hubby cepat2 cakap "eh, nantila dulu. awal lagi."
excited tak excited la kan. biahaha.


oke. antara petua2 or nasihat orang yang dah lama makan garam la katakan..huhu.. :-

 bagus untuk orang pregnant makan bayam sebab bayam ade ironfolic. Ironfolic neh kire macam kalsium dapat membantu untuk kuatkan gigi. sebab normally, orang pregnant neh akan berhadapan dengan banyak prob. Especially alahan la. Untuk empat bulan pertama. alahan tuh macam loya2, muntah, pening and etc. tapi alhamdulillah, setakat neh aku takde pulak muntah2. my mom and mak mertua aku pon duk tanya "tak mabuk ker?" sebab mereka tengok aku sihat semacam. cuma kadang2 bila teringat pasal makanan tiba2 akan rasa loya + nak muntah. Tapi bila da mengadap makanan, berselera pulak makan. Sampai aku pon konfius. Tapi masa first pregnant dulu memang alahan teruk .
kejap2 vomit. Lepas tuh kalau naik kereta tak boley nak berombak, konfirm rasa nak vomit. Huhu.
sangat sadis masa tuh.keadaan perut memang menyedihkan.
tapi alhamdulillah kali nih alahan ok. Tak teruk macam dulu.


oke, sambung pasal info yang kakak2 neh bagi.


kakak neh cakap kalau bab makan jangan tahan2. kalau rasa nak makan, makan jer. Jangan pikir pasal nak diet ke ape.
lepas tuh, kene minum susu. my sis cakap suh minum anmum. bagus untuk bayi + nanti baby akan sihat macam anak dia. and siyes anak dia memang sehat sangat2. extremely debab!!
but, kakak2 kat ofis hubby suggest minum Enfamama sebab susu dia lebey bagus + lebey sedap compared to other milks. so, after confirmation dari doc yang sahkan aku preggy terus aku mintak hubby tolong belikan susu. siap pesan lah tanak perisa coklat. Nak susu biasa jer. Means susu kaler putih tu la. Tapi hubby terbeli perisa coklat. Adehh. menangis nak abehkan susu tuh.
so, sekarang neh da bertukar kepada enfamama. hehe. memang lagi sedap dari anmum.first time hubby tolong buatkan susu untuk aku. bila aku tak abeh minum hubby yang tolong abehkan. Haha.
ectelli, walaupon aku suka coklat tapi bila datang bab susu, aku tak boley minum susu perisa coklat.rasa macam nak vomit je. kalau susu anlene tuh lagi aku takboleyblah. huhu.
ectelli, ade banyak lagi akak2 neh cerita. tapi aku da lupe. nanti dah ingat aku story mory la kat next entry,k. =)


and lately, kalau nak bergerak selalu aku akan buat secara slow and steady. kadang2 rasa takut nak jejakkan tanah dekat bumi. nak berjalan pon kaki berjingkit2 sebab takut nak pijak lantai. mungkin agak melampau sedikit. kadang2 rasa macam trauma. takut nak bergerak laju2 or buat aksi lasak.  itu belom masok bab tidur. kalau tidur lagi takut nak tidur mengiring. so, akan static tidur mengadap siling bilik huhu.bila da rasa tired sangat pandang siling baru la akan mengiring perlahan2. slow and steady.tapi macam da agak melampau kan? huhu. okelah. nak sharing neh je dulu. next time i share petua2 from my mother in law, oke. includes advices dari doc yang sangat sporting. 

ok, Bai. nak tidur.




~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~