Friday, February 11, 2011

nak share tips sikit..

salam readers,

sejak aku mula disahkan preggy, sorang demi sorang family members - *my mom, my m-i-l, kakak aku, kakak2 ipar*, kawan yang dah berpengalaman, ofismate enchek suami beri tunjuk ajar, petua, nasihat dan macam-macam lagi lah. and sejak tuh aku mula start amalkan apa yang mereka dah share dengan aku tadi. oke, meh sini aku nak share something tentang apa yang diorang dah share dengan aku.

1. Petua, nasihat dan pesanan mak mertua.

Masa awal-awal dapat taw preggy dulu mak mertua aku pesan macam-macam. Yela, sebab dah penah jadi kes tak elok kan sebelum tuh. so, my m-i-l suh ler extra careful sikit. Tak boley dah nak lasak-lasak. Terlompat-lompat, terkinja-kinja macam budak kecik lagi. antara pesanan my m-i-l:

 a. amalkan baca surah maryam, surah lukman dan surah yusuf. macam dalam previous entry aku penah mentioned pasal neh. So, boley refer dekat sini. then, my m-i-l cakap lagi amalkan jugak baca surah al-fil terutama ketika solat. Surah ni my m-i-l cakap insyaAllah akan memudahkan kita untuk bersalin kelak.

 b. jangan duduk dekat tangga or muka pintu.(aku lupa la pintu ke tangga)  ni petua orang-orang tua . Maknanya, kalau kita dah kat pintu 2 jangan la bertenggek kat situ lama-lama. kalau nak keluar, keluar jer. Kalau nak masuk, masuk jer. Macam tu ler lebey kurang. Petua ni untuk elak kita mengalami kesulitan waktu nak bersalin nanti.

 c. jangan bagi orang lalu lalang belakang kita. maksud kat sini, kalau kita tengah duduk especially dekat floor jangan duduk dekat area yang orang boley lalu belakang kita. means better kita duduk bersandar. Petua ni pon ada kene-mengena dengan waktu bersalin nanti.

 d. minum susu soya kalau nak kulit baby cantik. petua ni my m-i-l amalkan masa dia preggy dulu. Bagus untuk kulit baby. lagi satu orang kata kalau minum soya kulit baby akan jadi putih. Yang ni aku kurang periksa pulak. ade jugak yang kata minum susu kulit baby akan jadi putih. Wallahualam. yang ni semua ketentuan dari Allah. Macam mana baby keluar nanti tuh semua Allah s.w.t dah tentukan.

e. hisap air hujung rambut selepas mandi dengan berselawat 3x. yang ni pon petua orang tua-tua jugak. Reason nya untuk mudah bersalin. caranya, lepas dah habis mandi kemudian selawat 3x dan hisap air di hujung rambut.


 2. Petua, nasihat dan pesanan dari kak asma
oke, last two month aku sempat la jumpa kak asma a.k.a wife kepada bff enchek suami iaitu enchek shaiful. kebetulan kak asma balik rumah parents die kat sungai besi and aku pulak teringin nak tengok baby kak asma. so, terus pergi melawat. Masa jumpa kak asma ni, macam-macam info kak asma bagi. Rasa macam tak rugi pon jumpa kak asma. ^_^

 a. makan obimin. yang ni boley gantikan ubat yang klinik government selalu bagi tuh. makan sebijik obimin boley gantikan 3 ubat yang klinik government selalu bagi tuh.  tapi ade jugak klinik government yang bagi obimin. Tapi kalau yang tak tu boley carik obimin dekat farmasi.

b. minum susu. ni pon sama yang macam my m-i-l bagitau tuh. of course la untuk bantu pembesaran bayi kan di samping boley bagi kalsium dekat ibu.

c. jangan minum air tebu. Sebabnya air tebu ni tajam. Takut boley effect dekat baby. d. jangan lilit or selempangkan towel dekat leher. Ni petua orang tua-tua bak kata kak asma. Reasonnye, takut nanti baby terbelit dengan uri. emm..ikotkan banyak lagi info kak asma bagi tapi aku dah terlupa. Huhu.

3. Petua, nasihat dan pesanan dari kakak ipar ku, kak ngah. Dulu masa awal-awal dapat tahu aku pregnant takut nak post dekat fesbuk. sebabnya, pada hari aku disahkan pregnant, kak ngah pulak baru je keguguran. Time tuh baby die dah dalam 2-3 bulan macam tuh. oleh sebab takut kak ngah sedih so, tanak la shout out pape dekat fesbuk sampai la sekarang. Huhu. tapi, akhirnya kak ngah taw jugak. Dari mana kak ngah taw aku pon tak sure. Tapi aku buat macam biasa. Tanak tunjukkan ke'excited'tan aku tuh. Takut kak ngah sedey pulak nanti. So, diam-diam jer. 3 minggu yang lepas, aku balik rumah parents enchek suami. And family abang ngah enchek suami pon balik juga sebab diorang ada keje yang perlu disettlekan. so, oleh sebab dah ditinggalkan suami masing-masing, so kak ngah start sharing pengalaman dia mengandungkan dua anak dia, hakim dan ain. macam-macam jugak kak ngah share. Dari start mengandung sampai bersalin hinggalah sampai macam mana nak jaga baby.  the whole day tuh chit chat ngan kak ngah pasal mengandung jer. best kan kak ngah? Semua benda dia story.  Antaranya:- (yang aku ingat lagi)

a. minum air kelapa - untuk dapatkan kulit bayi yang cantik lepas deliver nanti. macam my sister jugak, kak lang. minum air kelapa sampai kulit si zafran tuh dah macam kulit orang perempuan dah. Kehkehkeh. my mom pon galakkan minum air kelapa.

b. minum air/minyak selusuh bila dah masuk labour room. Air selusuh ni orang kata boley mudahkan bersalin. macam kak ngah dulu pon dia minum air selusuh ni and alhamdulillah dia kata waktu dia bersalin tak complicated pon. Senang je baby nak kua. ^_^   kak ngah siap pesan mintak air selusuh dekat kak long kami. Sebabnya dekat dengan rumah parents kak long di kampung melayu majidee ada bidan yang pandai buat air selusuh and kak ngah pon minum air selusuh dari bidan tuh. kak asma pon ade jugak mentioned pasal air selusoh. And dia siap tunjuk kat aku lagi bunga selusuh untuk dibuat air rebusan dan minum waktu nak bersalin nanti. so, baru ler taw macam mana bunga selusoh tuh. Hehe.  And kawan aku pulak cakap air selusoh sekarang ni boley beli jer. Rasa-rasa sendayu tinggi pon ade jual. Tapi tahap oke tak oke nya air tuh aku xpasti lah pulak. and yang paling afdhal ialah kalau suami kita sendiri yang buatkan. Cara-cara sila rujuk dekat sini : ceritaabi


c. jangan minum air tebu. Macam yang kak asma cakap jugak. =) and ada lagi kot tapi aku dah lupa.

4. Petua, nasihat dan pesanan dari kakak-kakak ofismate enchek suami, kak anne dan kak linda.
kakak-kakak ni sangat informative. Ada je benda diorang nak share. Kalau tak sampai kan direct kat aku thru fb, diorang akan inform kat enchek suami. tapi info diorang pon lebey kurang macam yang dekat atas ni semua.  tapi kak anne ada cakap kene makan bayam banyak2 and jugak susu. Sebab bayam boley provide iron kepada ibu.              


5. Petua, nasihat dan pesanan dari arfah, new mama.
a. minum air kelapa.
b. ambil vitamin Neuro Gain PB. Bila dah masuk 7 bulan boley la start makan vitamin ni. Vit ni bagus untuk perkembangan otak bayi. =)



Neuro Gain PB


we wif arfah. new mama. *carik la senirik mana 1 new mama ek* kehkehkeh.
pic sewaktu pergi melawat Aina Namira.


Aina Namira. comel kan?
the 3rd of junior V Melati.. =)


aku ada jugak dengar orang cerita pasal macam mana nak taw gender baby. dari kawan-kawan, ada yang cakap kalau perut tuh lonjong anak lelaki. kalau bulat pulak anak perempuan. tapi bila dengar orang lain bercerita benda tuh dah jadi vice versa. ade jugak yang cakap kalau ibu sewaktu mengandung selalu malas-malas nanti bakal dapat anak lelaki. lepas tuh ade pulak yang cakap kalau ibu tuh suka make up dan berhias dapat anak perempuan ade jugak yang vice versa. means kalau tak suka berhias akan dapat anak perempuan sebab seri tuh dah ditarik oleh baby. haishhh...terus konpius aku jadinyer. last-last, malas dah nak caya sangat. tapi hanya dengar jer. betol atau tak kene lah pergi scan kan?hehehe. owh. tak sabarnye nak pergi scan baby..dup dap dup dap dah hati nie. T_T




Monday, January 31, 2011

happy 1st anniversary to us!!!

salam readers,

yesterday is our first anniversary. kejap je masa berlalu. dah pon setahun. macam tipu je rasa. ngahaha. 
so, untuk celebrate our first anniversary neh enchek suami bagi ler suggestion nak celeb kat mane. .enchek suami cakap nak makan dekat luar. *suke* tak payah masak. owh, memahami sungguh enchek suami. sayang sangat dekat enchek suami *gewdiks* ngahaha. enchek suami siap survey dalam internet lagi tempat-tempat makan yang best, antaranya:-

1) restoran makanan arab - choosen one - Restoran Saba' dekat Cyberjaya.
2) restoran seafood - area bangi or kajang.
3) restoran steamboat - ni pon area bangi or kajang jugak.

so, aku decide nak yang 1st sebab tak penah try pon makan makanan arab. most of our friends cakap restoran neh sedap dan DAHSYAATTTT..ngahaha. so, malam tuh after maghrib terus gerak ke bangi. sebab plan ke cyberjaya terpaksa dicancelkan. sob..sob..sob..sedey. T_T
kenapa? biarlah rahsia..ngahahaha.

weols celeb our anni di Rimba Cafe. emm, orait ler jugak restoran neh. cantik and makanan die pon sedap.
and kitaorang order pon memang tak agak-agak. macam empat orang yang nak makan. antara dish nyer:
 a) nasi putih untuk 2 orang makan
b) ikan siakap masak stim amende tah - ala chinese food 
c) pak choy dengan udang.
d) butter prawn
e) ketam bersos dan telur
f) green apple kasturi 
and for dessert enchek suami asked for banana split.

see...see...tengok la order yang berderet. ni semua gara-gara usaha enchek suami untuk pujuk cik isteri semula la ni. tuh yang order agak melampau. disogok dengan makanan yang melampau. confirm naek lagi lah berat badan aku. *haishhh* 


ikan siakap masak stim.
see...see..masih berasap-asap lagi...
and mak baby mampu menghabiskan kesemua ikan nie. hebat kan?ngahahahaha.
sangat sedap oke dish nie..


pak choy dan udang....


ketam bersos dan telur. apetah nama sebenar dish nie aku pon tak hengat.
tapi ketam neh dibalut dengan telur lepas tuh di campurkan dengan cili. 
sangat sedap jugak.


butter prawn tak sempat nak snap. huhu.



oke, aku nak flashback sikit pasal kami.
dulu before kawen pernah jugak terpikir betol ke aku nih dah nak kawen pada usia 23 tahun?
sebab pikir time tuh ramai lagi member yang masih lagi berpoya-poya dengan member lain.
risau kalau dah kawen nanti enchek suami tak izinkan aku keluar berpoya-poya dan balik lambat macam kami selalu buat dulu. huhu.
and then, bila dah kawen.
baru insaf dan sedar. nikmat lagi bila dah kawen compare kalau masih single dengan status kapel.ngahaha.
mungkin itu maknanya jodoh / seru aku dah sampai untuk berumahtangga. *ayat skema gile*
and sekarang bila dah berumahtangga and usia pon makin bertambah dan lihat kawan-kawan ade yang masih single dan belom ada perancangan nak kawen.
tiba-tiba aku rasa diri sangat beruntung bila kawen awal.
ngahahaha.
time tuh barulah sedar kalau aku kawen lambat banyakla nikmat yang aku tak rasa dalam rumahtangga.
eh..epp...eppp..bukan nikmat kasih sayang jer. macam-macam ade. 
hanya orang dah kawen je taw nikmat tuh. ngahahaha.
and lagi satu aku sangat bersyukur bila dalam usia muda aku dan enchek suami bakal dapat baby.
kalau sekarang tak kawen lagi umur bila pulak nak dapat anak kan?
takkan umur dah 30 baru nak dapat baby.
huhu. so, bila muhasabah diri balik. syukur diri nih diberi nikmat yang dipinjamkan sekejap oleh Allah.
dapat suami yang penyabar dan new born baby yang tunggu masa je nak lihat dunia. *owh, skema lagi ayat aku*
so, kesimpulannya, aku tak pernah menyesal kawen di usia muda walaupon takdela muda sangat. 23 je kot.
ngehehehe.
and sekarang pon member ramai jugak yang berlumba-lumba nak buat majlis kawen.
owh, tahniah buat diorang semua yang bakal ikot jejak langkah kawan-kawan lain yang dah kawen. ngahahaha.


and sekarang pulak bagi aku musim orang pregnant dan bersalin. ngahahah.
ramai jugak rupa-rupanya member-member aku yang pregnant. ada la kot dalam 8-9 orang. ramai kan?
esok-esok boley tubuhkan club same-same. ngahahaha.
bukan setakat  member je famili pon ade jugak.
jiran pon ade jugak. ngahahaha.




doakanlah semoga rumahtangga kami aman dan bahagia yer.
sebab saya sayang enchek suami sangat-sangat.
and die pon sayang saye sangat-sangat. ngahahaha.
oke.   


Bai!

Saturday, January 29, 2011

alhamdulillah


alhamdulillah.
syukur sangat-sangat. mungkin ni yang dikatakan rezeki baby. hehe.
ok. 
Bai!

~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~