Tuesday, July 20, 2010

::finally..jumpe jugak::

 salam readers,

wah. ni entry yang ke-3 arini. hoho. gile free kan? banyak la ko punye free. keje banyak lagi nak buat. semua pon nak kene wat final account. sob3. malasnyer. T________T

ectelli kan i ade beberapa gud news. sile suke. mwahaha. tapi gud news ni untuk i la. saje nak sharing moring dengan uols semua.hehe. last few weeks, me and enchek suami jalan-jalan cari rumah.rumah untuk disewa.
sebab da almost 6 months duduk berasing. da macam student PJJ jer.hoho. so, finally, kami decides untuk duduk bersama. tapi mesti korang tertanye-tanye kan awat lepas kawen tak terus duduk sama2?
bak kata staff kat ofis i. rugi baru-baru kawen tak duk same. huhu.owh, sedeynye hati bile dengar diorang cakap macam tuh.

tapi nak buat camane. da masing-masing keje jauh. i tak mintak pon nak duk jauh-jauh tapi keadaan yang memaksa kami berjauhan.ececey..ayattakboleyblah. hoho. awal-awal kawen rase macam susah jugak nak terima kenyataan yang i kene berjauhan dengan enchek suami. masa kapel dulu pon PJJ. time tunang pon PJJ. tak kan kawen pon nak PJJ. tapi bile enchek suami promise akan balik every 2 or 3 days per weeks baru la i cool balik. *baru kawen sape sanggup berjauhan,kan?ahaks.gedix.*sila jangan menyampah.*

hmm.ectelli, plan kami nak duduk bersama after projek i dekat seremban nih abeh. dulu, mase awal-awal kawen i dengar projek akan habis bulan 3. tunggu-tunggu tak jugak abeh. drag sampai bulan 5. then, i cakap kat enchek suami. takpela. tunggu la sampai bulan 5. bila da masok bulan 5 pon tak jugak habeh-habeh. sob2. ni la die dunia construction. penuh dengan contigencies. ahaha. guna ayat construction la pulaks. hoho.
then, bile bulan 5 pon tak setel-setel kami terus decide cari area yang centre. meaning mudah untuk me and enchek suami  pergi keje ulang-alik.then, problems mencari rumah sewa pon satu hal. bukan senang oke nak carik umah sewa. perlu kan kesabaran dan efforts yang tinggi. sob3. sampai me and enchek suami rase give up nak mencarik.


but, finally jumpa jugak. hehe. dulu mase awal-awal carik rumah sewa enchek suami nak rumah dekat area dengkil or salak tinggi. tapi bile tengok balik distance. rase macam jauh je pulak enchek suami nak ulang alik.
so, kami carik pulak area seri kembangan. bila survey enchek suami cakap jauh untuk i ulang alik pergi keje + kene lalu tol. of course enchek suami tanak i pergi keje lalu tol. sebab kalau boley of course la nak cut cost bayar tol kan?see.see. macam-macam kan problems nyer. huhu. then, enchek suami cakap kita carik area nilai je. finally, sampai jugak nilai. problems dekat nilai ni pulak. terlalu banyak sangat taman. dalam taman ade taman lagi. sampai kami rase confuse mane nak start carik dulu. sampai la kami ke bandar seri putra. and jumpe rumah sewa kat situ. weeee~~

rumah kami sewa neh apartment 3 tingkat dan kami dapat ground floor.  mase awal-awal carik umah sewa dulu, i nak double storey. enchek suami lak nak single storey. tapi yang kami jumpa apartment. last-last belasah jer.atleast, rumah kat puncak alam da double storey. ngeh3. ada 3 bilik and dua bilik air. enchek suami kate apartment neh sebijik macam mase die tinggal kat pasir gudang dulu.emm. watever.
and konsep apartment kat sini gated and guarded. sape penah belajar law dulu taw la kot apetuh gated and guarded. malas nak explain kat sini. hehe.kang berjelar-jelar pulak entry neh nanti. nak kene kuakan akta bagai pulak. tak larat pulak uols nak bace nanti kan?kan?kan?hehe.


oke. others facilities: ade gim *boley bawak enchek suami exercise*, ade swimming pool *bikini??erk* yang bestnyer, keluar rumah terus nampak swimming pool.hoho. surau pon dekat. senang nak g terawih nanti. kedai-kedai + bank or watever semua pon dekat. so, takyah nak risau facilities yang tak mencukupi.
eveN the nearest toll PLUS (tol bandar bukit mahkota) pun ade. so, senang la enchek suami nak g keje. after amek semua considerations neh baru kami decide nak menyewa kat situ. hehe. hmm..yang lagi satu best. rumah kami tuh da dekat dengan alamanda dan the mines. hehe. i siap google maps lagi nak tengok shopping complex yang terdekat kat situ. setengah jam je if from rumah tu. enchek suami da tak senang duduk da bile i cakap camtuh.ngeh3.*gelak jaat* nilai 3 pon dekat sangat2. 10 menet je dari rumah kami tuh. hehe.


ade jugak kawan-kawan tanye beli je la rumah terus. tak yah sewa-sewa. tapi bile pikir balik dengan status kerja yang perlu berpindah randah every 3-4 years tanpa tahu ke mana akan dicampak. i rase belum sesuai lagi untuk kami beli rumah dulu since i sangat cerewet dalam hal-hal untuk future neh. mwahaha. beli rumah tu oit. bukan beli baju yang boley campak mane2 suke ati i nak campak.  kalau rumah tuh i boley cabut and then park mana-mana tempat ikot suka hati i takpe jugak.kan?hoho.


that's y enchek suami cakap kite setel satu-satu and then plan slow-slow. tak kan lari gunung di kejar kan? buatnye kami beli rumah nanti pastu kene transfer projek jauh2 camne?huhu. tukar keje baru?hmm. i dun think so. belom tahap terdesak lagi. lagipon i suke dengan keje i sekarang. nak tukar kerjaya or tempat keje belum sampai masa lagi kot. but enchek suami do asked me untuk survey-survey keje jugak. in case la kot- kot after projek i abeh nanti i kene transfer jauh-jauh. jawabnye, update resume je la. enchek suami pon macam tak mengizinkan jer if kene transfer jauh-jauh. kalau i betol-betol nak g pon kene tarik die ikot sama sekali.hmm.


tapi, sejak akhir-akhir since keje da banyak kene push and projek pun da nak siap + ada khabar-khabar angin sepoi-sepoi bahasa mengatakan kami*staff2 di sini* bakal kene transfer. ah, sudah. hanya ada 2 pilihan. sarawak or penang? which 1 do you wants? hoho. dua-dua pon i tanak. transfer hq lagi i takmo. update resume?hmmm..i nak tunggu insentif dulu baru update resume boley?biahaha. gile materialistik kan?

hmm..bile dengar pasal cite projek nak abeih and bile staf sorang-sorang kene transfer hati makin cuak.
i baru je nak mulakan kehidupan rumahtangga yang SEBENAR. baru je nak merasa masakkan nasi dan lauk pauk yang sedap-sedap untuk enchek suami. *hehe.sebelum neh masak simple-simple jer.hoho.isteri mithali kan?ahaks. pang di situ* baru je nak merasa hidup berdua with enchek suami tanpa gangguan orang lain. ahaks. gedix di situ. baru je nak merasa. arghhhh.semua pon nak rasa lah. biahahaha. tapi best jugak kan g sarawak. boley belajar menyumpit.ngeh3. mau kene tala dengan enchek suami nanti. mwahaha.

plan i ke jay bee last week pon i terpaksa cancel atas masalah cuti dan problems laen. *owh, sedey pulak bile i tak dapat jumpe bffs i semua.* cancel pon last minutes punye jam. sob3. mesti diorang keciwa dengan i. huhu. sorry gegirl semua. next time,k. since da cancel plan, i ajak enchek suami balik sungai ramping since almost two months i tak jumpe family enchek suami.huhu. and suddenly, kami diberitahu last minute oleh owner rumah yang dia nak jumpe untuk sign agreement and serah kunci. ikot deal, owner tuh cakap maybe rumah tuh ready by two weeks times. alih-alih cakap kami da boley move-in. owh. mau saja buat lompat bintang depan meja ofis ku bila enchek suami cakap kami da boley masuk rumah. hehe. so, enchek suami cakap after dapat kunci terus cuci rumah. nak tunggu following weeks takut nanti ade hal laen pulak.since kami nak move in before bulan puasa. so, semua kene setel before bulan august.so, sabtu baru-baru neh after works terus pecut ke bandar seri putra.


sampai-sampai jer terus mulakan kerja-kerja menyental, mengelap dan segala "menge" lagiks. hoho.
owh, penatnye takyah citela. semua orang pon taw kot. hoho. nak upah indon tolong basuhkan takut tak puas hati dengan hasil kerja mereka. baek basuh sendiri. *gile cerewet kan?* hmm..lepas neh rumah dekat puncak alam bakal menjadi rumah persinggahan kami je la if balik sungai ramping. hehe. takdela kes kene terjah lagi pasni.mwahaha.



owh, another gud news. baby purple i da sembuh and da keluar workshop. da almost two weeks dapat baby purple. happy sangat-sangat.ngeee~~ bile dapat taw je baby purple da siap terus tak sabar-sabar nak g jemput baby purple. hoho. lepas ni da takde la nak bawak kete drift lagi. hoho. but, enchek suami still nak i taw bawak kete drift in case of emergency macam kes aritu. huhu.

hmm.okela. tu jer nak update. next time i bebel lagi owk. heee~~tak sabar nak men"deco" rumah baru. ngeee~~nak cat dinding dengan cat purple ok tak?heeee~~

daaaa...

p/s: congratz to izma (my colleague) and arfah (my ex-clazmate) yang da pregnant.*jeles di situ*
next year i dapat anak buah lagiks. hoho. turn i bile pulaks?sob3.hmm. barang-barang tak packing lagi. malam tadi da mintak tolong kat kawan ayah nak sewa lori untuk angkut semua barang-barang. weee~~hopefully semua berjalan dengan lancar.


oke. adios. amagos.alejandro.

::mari amek this short neurological test::

salam pagi selasa readers,
hari ni. pagi neh jom kite wat short neurological test. kejap je. tak sampai 10 menet pon. hehe. saje nak test otak pagi-pagi. kasi cerdas sikit. hehe. let's cekidout!!!!





1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO COOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOO



jumpe tak?heeee~~
oke. next question. jeng.jeng.jeng.






 

2- If you already found the C, now find the 6 below.

9999999999999999999 9999999999999999 999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999
6999999999999999999 9999999999999999 999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999



simple jek kan???ngeee~~



 

3 - Now find the N below. It's a little more difficult.
~~cube korang cari N tuh kurang dari 1minit. cepat buat!!!!~~haha.


MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMNMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMM



This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you're far from having a close relationship with Alzheimer.

Congratulations!




 
Part 2

Eonvrye that can raed this rsaie your hnad.


To my 'selected' strange-minded friends:

If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with 'yes' in the subject line.
Only great minds can read this. This is weird, but interesting!


 
If you can raed this, you have a sgtrane mnid too
Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.
I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it .



So, ape lagi. ajak la member-member sebelah join bace sekali. hehe.

ok.daaaa~~



::epal hijau ke epal merah?::

salam readers,
hmmm..lame gile dah tak hapdet blog. seminggu ade kot. malas sangat-sangat tangan neh nak menaip. banyak jugak story yang tak berhapdet. next tym la yer i story mory and mengart di sini.oke. huhu.
oke2. ectelli, I nak bagitau uols sumthing. I ade fevret fruits sekarang. Benda neh je I asek duk kunyah. Tak kire la lapar ke tak. Even bangun sahur pon benda neh jugak I ratah. Hoho. Al-maklum la. Malas sebenarnye nak bangun sahur prepare makanan. Kunyah epal sudah. Sudahnye, pukul lapan pagi perut da bunyik2. huhu.

sejak dua menjak tiga menjak berjejak-jejak neh I suke makan buah epal. Tak kire la epal ijau or epal merah. But, mostly epal merah la. Walaupon minat or selera I lebey kepada epal ijau. Tapi tangan tetap amek epal merah. hehehe. then, semalam enchek suami nak ke market bawak maknye beli lauk. *owh. Gile sadis. Patut I yang kene g. huhu* then, enchek suami tanye la nak ikot tapi tak tau nape rase malas sangat-sangat nak pergi. Eventho, before diz selalu je ngekor mane enchek suami pergi.

then, enchek suami tanye lagi nak pape tak? terus I cakap nak epal ijau. Enchek suami senyum je bile I cakap macam tuh. *hehe. da tau sangat fevret cik isteri.ngeeee~~*
then, bile enchek suami balik, terus datang kat i and tanye nape suke makan epal hijau? and then, i cakap la tak de pape. time tuh i da pelik sikit. bukan ke enchek suami tau fevret i epal hijau???*erk* but, then enchek suami sambung lagi. die kate epal hijau kan masam. orang mengandung mane boley makan masam-masam. lagi sekali i *erk*. eh, bile mase aku preggy neh?then, i cakap la. saye tak pregnant yang.

and lepas tu. baru i paham. rupenye mak enchek suami yang suh nasehatkan i cakap epal ijau tak elok dimakan. huhu. even i tak pregnant tapi mane la tau kot-kot ade potensi nak pregnant kan?kan?*heeee~~*nanti "ter"ulang kes dulu lagi pulak. huhu. tidak!!!!! terus i tak sentuh epal hijau yang enchek suami beli tuh. sekadar memandang je la.huhu. and then bile mak tanye nape tak makan epal tuh. i pandang enchek suami. enchek suami pandang i balik sambil tersengih-sengih. huh! sedey tak dapat makan epal... T________T


emm..ok la. takat ni je la dulu yok. nanti i story mory lagi yok!heEee~~~

 

Saturday, July 17, 2010

::26 things that a Perfect guy in L.O.V.E would do::

salam readers,
just nak sharing sumthing yang tak seberapa.
tengok title pon mesti korang da agak ape i nak mengarut kat dalam entry ni kan?
hehe. oke. ectelli i got diz from emails.
quite interesting jugak la.  and mesti masa korang baca neh nanti korang akan compare kan dengan bf/tunang/hubby/ayah  korang kan??
mesti punya. sebab i pon macam tuh.biahaha. oke. enjoy reading. 



 1. Know how to make you smile when you are down .
2. Try to secretly smell your hair , but you always notice
3. Stick up for you, but still respects your independence.
4. Give you the remote control during the game.
5. Come up behind you and put his arms around you.
6. Play with your hair .
7. His hands always find yours.
8. Be cute when he really wants something.
9. Offer you plenty of massages.
10. Dance with you, even if he feels like a dork.
11. Never run out of love.
12. Be funny, but know how to be serious.
13. Realize he's being funny when he needs to be serious.
14. Be patient when you take forever to get ready.
15. React so cutely when you hit him and it actually hurts.
16. Smile a lot.
17. Plans a romantic date full of cheesy things he wouldn't Normally like to do, just because he knows it means a lot to you.
18. Appreciate you.
19. Help others out.
20. Drive 5 hours just to see you for 1.
21. Always gives you a peck on the cheek when you depart from Each others company, even when his friends are watching.
22. Sing, even if he can't.
23. Have a creative sense of humor.
24. Stare at you.
25. Call for no reason.
26. Quit smoking, chewing, drinking, or drugs -Just because he loves u that much to quit it.if he cant then
help him in quitting by slowly reducing the amount he does usually. (naseb baek hubby saya tak smoking..ngeee~~chewing/drinking/drugs tuh lagi la tidak..huuuu..~~)




agak-agak bf/tunang/hubby korang macam ni tak?hehe.
ha. g cek balik satu-satu. =p



Friday, July 9, 2010

::hanya sekadar untuk berkongsi::

 salam readers,

a few days ago, my bff send me an email. title email tu "Sambutlah Suami di Muka Pintu". terus rasa tertarek nak bace lagi lanjut since i ni kan da tawen. ngeh3. so, ilmu yang macam ni patut diketahui and diambil tahu. hehe. so, after bace i rase i nak share la dengan readers laen since ramai readers i *adekah kau mempunyai readers?*mwahaha. lantaklahnyah. ramai yang nak kawen da kan?kan?kan?

so, selamat membace and selamat amalkan. tak susah pon. just sambut hubby depan muka pintu dengan senyuman menggoda. terus dapat pahala. sape tanak kan? dulu mase i g kursus kawen, penceramah tuh siap cakap if nak sambut suami pakaila yang cantik-cantik, seksi-seksi, pakai perfume, tuang satu botol pon takpe. and muka kene senyum. jangan buat muka kelat macam makan bacang. ngeh3. penceramah tuh sambung lagi, die cakap janganla sambut suami pakai baju kelawar. ala. baju tidur takde lengan tapi nampak ketiak tuh. mwahaha. pastu rambut jangan kasi serabai. kalah langsuir punya rambut. hoho. oke yang tuh i tambah senirik. penceramah tuh tak cakap macam tuh. tapi kalau readers yang da kawen mesti masing-masing da taw  kan?just nak share kepada wed-to be jer and wifey2 kat luar sane jugak. heee~~ oke. hepi reading. =)


Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh
jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan
pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian
oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami.
Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk
menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang
sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai
memahami mood dan kehendak suami.



Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman.
Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan
ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan
daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan 'peluru
berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. Sabda Rasulullah saw:


"Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia
dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira
kepada suaminya dan memohon kerelaannya. "
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman
akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki
oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan
hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon
keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak
pada keredhaan suami.



Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh
hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan
ciumi ia sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan
tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang
hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh
kebanyakan orang Barat hari ini.



Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua.
Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman
dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk
bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak
terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja; lazimkan perbuatan
ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah atau pun
setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar; supaya sentiasa
mendapat keampunan Allah. Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu
untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa
kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.


 
Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih.
Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya
sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa
oleh suami. Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti 'kenapa tidak beli barang yang
dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami
sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan
kemarahannya.



Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang
bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu
taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya
dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk
dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti
Fatimah yang mengunjunginya. Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di
sebalik perlakuan wanita itu.

Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya
mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk
mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini
ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.


Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah
berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa
berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan
disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. Sabda Nabi:
"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada
suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di
langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami.





~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~