Thursday, October 13, 2011

about BREASTFEEDING

Assalammualaikum w.b.t readers,
Lamanyer tak berblogging. nak BW lagi ler malas. yela, kalau dah blog sendiri pon tak bukak. ni kan pulak nak usha blog orang lain. adehhh...nak kata busy kat ofis, aku sentiasa je la free (for this time being je la) yela, projek dah siap just tunggu transfer letter keluar jek. ni pun dah berkudis tiap2 hari datang ofis bukak internet jer. but d good point is aku boley search perkara2 berkaitan dengan baby.hihi. like toys untuk baby, blog2 baju baby yang comel2, and sekarang tengah berusaha dengan gigih untuk carik resipi for my baby. less two months from now, Firas akan start makan solid food. so, aku sebagai ibu will try to give the best for him. excited pulak rasa nak bagi Firas makan. selalu nye bila time aku makan Firas duk perati je. macam nak join sekali. sesekali mulut die mesti terkumat- kamit jugak macam nak makan. sedih pulak tengok die. tapi aku tak berani nak bagi die makan solid food lagi sebab the best time to feeding baby is after they turns 6 month. even my paed pernah inform kalau nak bagi baby makan start 4 month pon dah boley tapi aku tak berapa confident pulak. takut sistem penghadaman baby belum cukup matang. takpelah, pejam celik pejam celik sok dapat jugaklah firas makan solid food kan. 
 
so far, aku berjaya fully breastfeeding (BF) Firas. i enjoy every moments when im with him. especially time BF la. feeling tuh macam lain sikit. aku rasa every time aku BF firas aku rasa macam dekat sangat dengan dia. how to explain yer? hehe. maybe tulah kot kelebihan BF baby sendiri. satu perasaan yang susah nak gambarkan. sebab tiap kali BF, firas mesti carik jari aku untuk die genggam. while tengah riba die time BF, tangan aku yang tengah riba die aku akan usap2/tepuk2 paha die. so, dia akan slowly terlelap sambil mulut still nyot2. hihi. cute kan? and kadang2 boley sampai setengah jam ke sejam die nyot2 sambil tidur. and kalau aku memang free time tu aku akan biarkan jer situasi tuh. selesa bila macam tuh. and if die lapar but not sleepy, bila time BF tuh kadang2 die akan stop nyot2 then pandang muka aku sambil senyum then continue nyot2 lagi. haha. sempat lagi senyum ko. cute kan? and sometimes die boley buat macam 4,5x in one time. just to give a smile! owh, my.....sangat bahagia rasanya. hehe.

actually, tadi masa tengah bosan2 bukak FB, aku terjumpa something yang agak bagus for BF mom like me. let's check it out!
*wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya, akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya
*wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, maka Allah SWT beri satu tahun pahala solat dan puasa
*kalau wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh dua setengah tahun, maka malaikat di langit mengkhabarkan syurga wajib baginya
*seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan beroleh pahala seperti membebaskan 20 orang hamba..
 
since Firas lahir aku dah determine, " i wanna fully BF my baby until he turns 2" . even masa 2,3 days after delivered, susu badan aku takde, aku rasa kecewa sangat2. then, after urut baru lah susu badan melimpah ruah or like other mommies categorized it as "susu meriah". time tuh memang sangat2 suka. and even Firas tak BF pon susu still keluar sampai basah baju. then, bila fikir dari susu ni dibazirkan ke baju better aku beli breast pump (BP). alhamdullillah maybe time tuh memang rezeki anak orang kata. hujung bulan June (my confinement period) dapat bonus. seronok sangat2. dah ler tak keje pas2 dapat duit masyuk. memang gila suka la time tuh. terus beli package breast pump (for working mother) dekat One Baby World. mula2 terfikir nak beli yang manual tapi bila pikir sok2 aku nak keje tak kan nak pump manual. mesti lambat. last2 i choose Medela Mini Electric. takpelah habis beratus janji berbaloi dari kene keluar kan duit bulan2 beli formula milk (FM). dari situ boley lah aku saving. dari bulan2 aku habiskan duit beli FM better duit tuh aku buat saving for Firas or belikan new toys and clothes for him. kan ker jimat namenyer tuh. hehe. hopefully usaha aku nak BF Firas sampai umur 2 tahun tercapai. amin. hope mommies kat luar sane yang fully BF their babies pon berjaya gak. hehe.
 Bila cite pasal BF, lepas raya aritu susu aku memang drop sikit. bese orang drop susu time puasa. tapi aku terbalik. lepas raya pulak susu jadi sikit. kadang2 pam dapat la dalam 1-3oz. memang gila kecewa la time tuh. tapi memang silap aku gak. even aku direct feed (DF) Firas, tapi aku jarang pam. so, susu drop. pas2 pulak bila g beraya tuan rumah duk hidang air berais. takkan la nak demand "cik tuan rumah ,saya ni BF anak saya, tolong buat air panas boley?" meme kene cepuk la dengan tuan rumah kan? silap2 kene halau. kehkehkeh. oke, tipu jer. tak buat camtuh pon. silap aku sebenarnyer. merelakan diri sendiri minum ais. amekaw!!!then, macam2 la ikhtiar aku buat. antaranya:-
1) Minum susu.
Aku amalkan minum susu Anmum LACTA. before this, aku minum Horlicks je. tapi bila bawak Firas g check up , doc marah aku minum Horlicks sebab masa aku pregnant dulu pernah ada kes diabetese. so, doc tak prefer aku minum Horlicks and ask me to drink milk. and sampai sekarang aku maintain minum Anmum eventho, aku pernah cakap kat doc kalau minum Anmum nanti cepat gemok. silap2 kene marah lagi. muahahaha. doc tak agree statement tuh. doc cakap orang jadi gemok because they not control what they eat. ha..amekaw! so, sekarang susu aku amek just 2 times per day. pagi & malam. nescafe & coffee pulak meme dah lame aku tak sentuh. milo kadang2 jer buat bila perasan stok susu dah abih. T_T
2) Minum banyak air masak.
Yang ni pon aku duk kene marah ngan doc. since preggy lagi doc dah pesan kat aku. "u have to drink 2-3 bottles (1.5l) water per day. selagi urine u tak putih macam air masak selagi tuh badan u tak cukup air." ha..lagi sekali. amekaw!!!since dat day, tiap2 hari aku akan pastikan siang aku abehkan 1.5-2l air masak and malam pun dalam kuantiti yang sama. sebab bila BF, aku akan cepat rasa haus. that's y doc cakap badan kite dehydrate. sebab kurang minum air. nak2 bila BF. 
3) Banyakkan makan sayur and buah.
Kalau pasal makan kadang2 aku cepat lapar, kadang ok je nafsu nak makan. takdela rasa asek nak mengunyah jer. hehe. ni pon doc dah pesan banyak kali jugak. "sayur hijau perlu 3/4 dalam pinggan nasi u." means kalau nak makan, sayur je la yang penuh dalam pinggan. nasi tuh amek je la sesenduk sudah. huhu. tapi aku lebih banyak makan buah dari sayur.
4) Pil Tambah Susu
Yang ni aku makan bila rasa susu kurang. ade certain pills yang work out. aku pernah makan satu pills neh and betol2 effective. baru 2,3 jam makan cik B dah bengkak. and cepat2 kene pump. kalau x, memang sakit gila la menahan bengkak cik B. pernah sekali aku kene g course kat HQ, so, waktu lunch memang tak dapekla nak balik umah BF kan firas sebab usually time lunch aku balik tuk BF kan firas. tapi hari tu tak dapat.yela, PJ-Seremban celah mane nye nak balik untuk sejam jer kan? dahlah dengan BP nyer tak bawak. bila dah pukul 3pm cik B dah membesar dan membengkak. abeh je course terus pecut laju balik seremban. sampai je rumah bagi BF Firas baru ler lega. then, still kene pump sebab cik B still banyak air. 
5) Halba (Fenugreek)
Yang ni aku pernah terbaca kat forum. ramai suggest makan benda ni sebab boley banyakkan susu. so far, aku minum ok la. tapi rase die......korang rasa la sendiri. hehe. malas nak bagi taw. kehkehkeh. 
6) Tuam cik B with daun sirih.
Yang ni pon kekadang jer aku buat. bila time ade free. hehe. tapi memang betol pon. cik B ni kene selalu tuam/urut baru susu 2 lancar.
7) Makan supplemen.
Untuk supplemen, aku makan ESP & Lecithin. tapi aku bukan nak jatuhkan produk orang. but yang ni aku makan tak berkesan pape pon. abeh jahanam duit aku terbang tapi not effective at all. susu makin takde lagi la. geram!!!bila tanya kat agent tuh nape susu kurang, diorang suh beli complete set. adehhh..kot produk ko murah and berkesan takpe gak. memang tak la aku nak beli lagi. tertipu sudah gua....menchik!!! @_@ eh, kejap. aku tak tau la kot lain orang makan kot oke ke, aku makan x oke. yela. hormon kan lain2 kan?
8) Lobak putih.
ok, yang ni confirm aku tak try lagi. aritu dah berkobar2 nak makan sekali lobak putih xde plak. sedih. T_T. takpe..takpe..next time aku borong 1 bakul lobak putih. ngeh3.

Setakat ni, ni je la yang aku amalkan .kot ade sesape ade petua lagi best nak meriahkan susu. mehler share ngan aku. hehe. tibe2 rase macam nak follow Dynas Mokhtar yang sangat commited BF her lil dotter..isnt that suweeeet? ngeeeeeeeeeeee~~ ^_^


 

Wednesday, September 7, 2011

Firas genap 3 bulan

Salam readers

Hari ni 07/09/11 bermakna baby Firas dah genap 3 bulan. Rase macam kejap je die membesar. And aku rase lagi tak sabar nak tengok die membesar lagi. Heeeee~~
Ari Isnin lepas aku bawak Firas untuk check up 3 bulan. Aku bawak ke private jer. Malas nak bawak ke KK. Sebab nurse dekat KK rumah my mom tuh very cerewet la. Lepas kes kuning Firas and kes aku bertekak dengan nurse kat situ terus dah aku banned klinik tuh. Haha. Jahat gile kan?? Aku prefer g private sebab tak yah apply leave and tak perlu tunggu turn lelame.  Walaupon mahal tapi nasib boley claim balik. Hehe. Apedehal kan?dah jalan senang ade watpe nak susahkan badan. Ye dop?


Alhamdulillah sampai ke harini baby Firas membesar dengan baik. Kire kalau folo graf memang cantik ler graf nyer. Berat baby Firas pon dah 6.5kg. patot ler berat semacam jer kalau dukung baby Firas. 6.5kg atas lengan. Huhu. And alhamdulillah sampai ke hari ni kesihatan baby Firas pon memuaskan. Setakat ni Firas belom lagi pernah demam2 or selsema. Kuat jugak anak ibu yek?heh.berkat minum susu ibu kot. so, antibodi nye pon kuat la. *yeke?* tapi takpe sebab memang dah terbukti susu ibu memang  the best in the world. hehe. and aku pon memang fully BF baby firas. tak pernah campor pon  dengan FM setakat nie. 


Or maybe jugak die ikot gen aku yang susah nak dapat penyakit tapi once dah kene memang lame gile la nak sembuh. Sebab aku ni jenis yang kalau datang sakit lambat nak sembuh and yang paling best dapat pakej. Demam + batuk + selsema + pening kepale. Huhu...


 ni pic time malam raye aritu. keje die memang best. tido, bangun nyusu pastu tdo balik .bile lapar bangun lagi and then tido balik. haha. seronok jage baby Firas sebab die xbanyak ragam. nak mandi pon kadang2 kene kejutkan. pic yang ni enchek suami cakap macam die kene paksa tutup mate untuk tidur. hehe...


 sekarang ni aku tengah usha2 benda alah kat bawah ni. nak belikan untuk baby Firas. tadi dah usha price dekat babymanjaku. boley tahan dak price die. huhu. sekarang pon baby Firas dah pandai borak. pernah sekali pukul 5am die bangun lepas bagi susu terus die ajak borak. adeh, bengkak mate layan die sorang jer. terpaksalah aku and enchek suami melayan borak die. and habit terbaru die sekarang suke hisap jari. and tangan pon dah pandai menggapai2. so, kalau dah ade play gym ni maybe die boley explore benda alah ni kan? balik keje ni nak terus g baby manjaku la. heeee~~


Thursday, May 19, 2011

check up 37 w + 2 days

salam readers,

pagi2 dah dapat call from my sis, kak lang. tiba-tiba je dah terjah orang pagi2. aku lak time tuh tengah mamai2 baru bangun tidor. hehe. my sis cakap anak die, zafran tiba2 bangun tidur tanya mane mak tehnya. tuh yang akak aku terus kol aku sebab zafran nak cakap dengan aku. alahai, si tenit nih dah pandai rindu mak teh die. my sis cakap maybe malam tuh die mimpikan aku tu yang bangun2 terus tanya pasal aku and kakak aku lak terus direct kol aku. suke giler bile zafran cakap die rindu mak teh. huaaaa...terharu betol. mak teh pon rindu zafran jugak. memuuuaaaahhh. hehe. sempat jugak zafran tanya aku "mak teh, baby dah kua ker belom?" alahai, comeynyer bila die tanya macam tuh. ^_^


zafran with pak teh 

little z. lepas ni dah ade anak sendiri mesti dah tak rindu kat zafran lagi. hehe.


oke, lupakan kejap pasal anak buah aku ni sebab arini aku nak share pasal check up arini. arini dapat chance jumpa ketua jururawat KK BSP. and doc lak memang kene jumpa lah tiap2 minggu nak2 dah masok minggu2 yang terkahir nie. so, memang wajib kene refer doc. tapi sebelom jumpa doc, kene refer dekat nurse dulu. so, arini ketua jururawat yang buat check up. ala yang duk peksa jantung baby, cek tinggi rahim and position baby tuh la kan. so far semua oke. no problemos. tapi masa tengah duk check up tuh, nurse neh sempat lah borak2 jap bagi info yang aku tak penah taw pon sebelom neh. aku pon tak taw la mommy-to-be yang laen taw ke tidak. tapi kalau yang dah taw tuh bagus la. yang tak tau meh aku share sikit. hehe.

menurut nurse tuh, last weeks die cakap die pergi taklimat pasal ibu mengandung dekat Bangi. speaker taklimat tuh kire pakar pemakanan dan zat amendetah aku pon dah lupa. nama die pon aku dah lupa even nurse tuh ade mentioned tadi. oke,  masa taklimat tuh, doc tuh terangkanlah kenapa HB, iaitu hemoglobin dalam badan ibu mengandung kurang even ibu-ibu mengandung neh dah makan makanan yang berkhasiat and minum susu 2x sehari. antara sebabnya, meh aku senarai kat bawah ni (nie ikot cakap nurse tuh taw, bukan aku pandai2 reka cerita dongeng) hehe.. :-

  • susu Anmum / Enfamama (2 ni je yang nurse tuh inform, aku xtau la susu ibu mengandung yang lain oke ke tak) sebenarnye tidak membantu untuk tingkatkan HB ibu mengandung malah sebenarnye susu nih just menambahkan berat badan ibu mengandung sebab susu nih banyak lemak. that's why kadang2 ibu mengandung berat naik banyak tapi HB tetap sikit. macam aku ler. so, doc tuh kate kalau tak minum susu ibu mengandung pon takpe, minum susu tepung biasa or susu kotak tuh pon dah cukup baik. padahal kalau kite tengok dekat kotak susu Anmum tuh penuhlah die tulis khasiat susu tuh boley tolong bagi kalsium kat baby la, perkembangan otak baby la and etc. tapi tuh semua just cara diorg mempromosikan brand masing2 untuk tarik perhatian ibu2 mengandung. (owh..tipah tertipu rupenyer)
  • produk soya pon sangat tak membantu. kalau nak jugak minum soya boley tapi jangan diambil sekali sewaktu makan nasi or makanan2 yang berkhasiat. sebab nanti khasiat2 yang ade pada makanan yang diambil tak dapat diserap oleh badan.
  • Milo sebenarnya mengandungi kafein jugak taw. so, kalau terasa nak minum boley tapi cara pengambilan sama macam soya jugak. tidak diambil sekali sewaktu makan makanan berkhasiat. maksudnya, kalau tengah makan nasi + sayur + daging, jangan ambil air milo/soya bersama2. maybe boley minum soya/milo tuh time 2-3 jam lepas makan nasi. 
  • cara nak masak sayur pon ade jugak cara die taw. buat ibu2 mengandung yang masak sendiri kat rumah (macam aku) kalau nak masak sayur tuh kalau boley campurlah sekali dengan ikan bilis/udang kering/udang/etc sebab kalau hanya sayur sahaja sebenarnya tak mempunyai khasiat yang banyak. so, lepas nih kalau nak masak boley lah tambah sedikit perencah macam ikan bilis ker..hehe.
  • yang tips nih maybe agak lawak sikit kalau dengar. if korang nak masak sayur tuh, better guna kuali/ periuk jenis besi/stainless steel sebab penggunaan periuk / kuali besi dapat mengekalkan zat besi yang ade dalam sayur tuh. haha. bunyik macam tak berapa logik tapi nih yang doc tuh bagitaw. wallahualam. aku hanya sekadar menyampaikan. huhu.

ni antara info-info yang nurse tuh share dengan aku. lagi satu die tekankan, pasal pergerakan anak. nak kene sentiasa alert and tak boley skip pon catit jadual pergerakan anak tuh sebab based on her experience die da dapat banyak kes baby mati sebab lemas dalam perut. semua tuh sebab kecuaian ibu sebab tak alert dengan pergerakan anak. sebab ibu2 semua dah dipesan kalau baby kurang gerak kene cepat2 g hospital kan? aku rasa sape2 yang g check up kat KK, mesti nurse akan pesan. macam aku la. every weeks nurse akan tanya and check carta gerak baby aku tuh. nurse tuh bagitaw lagi ade jugak ibu2 bila anak kurang gerak sampai 2-3 hari masih tak refer hospital. tu lah yang menyebabkan anak lemas. pelik aku . takkan la sampai 2-3 hari anak tak gerak pon tak perasan kan? kalau dalam masa 2-3 jam pon tak gerak dah risau ni kan pulak 2-3 hari. so, kalau kes macam ni ibu yang cuai. so, tak boley nak salahkan nurse or pihak hospital. huhu. so, mommy-to-be semua kene alert lah dengan gerakan baby masing2 yek.. (peringatan kepada diri sendiri jugak..huhu.)

and last but not least...pasal ubat dari klinik. kalau sape2 g check up kat klinik govt mesti dapat 4 paket ubat yang kene makan kan? acid folic, vit b complex, acid ascorbic dengan ferum amendetah name die. aku tak sure pulak kalau private clinic bagi ubat ape tapi nurse tuh cakap better makan ubat dari klinik govt compare makan obimin. even obimin tuh kire dah lengkap macam 4 in 1 (dah termasuk empat ubat yang aku mentioned kat atas tuh) tapi nurse tuh cakap lagi better makan sebijik2 ubat yang klinik govt bagi tuh. memang la macam azab nak telan empat bijik sekali tuh tapi penyerapan ubat2 tuh lebih bagus dari obimin. (haha..ubat yang ni aku tak makan semua pon, just telan acid folic and vit b complex je sebab dua2 tuh yang paling kecik and takde bau sangat) lagi dua tuh memang tong sampah kot yang makan. huhu. ha..kire ni je la antara info yang aku dapat dari nurse tuh. kire onfo yang agak baru and aku pon tak tahu sangat la nie. hopefully dapatlah membantu mommy-to-be yang lain. hiks. tadi jumpe doc, tak banyak yang doc komen sebab aku takde masalah. so, tunggu hari je la jawabnyer. hehe. 


Tuesday, May 17, 2011

entry boring + excited = borited..ngeh..ngeh..ngeh..

salam readers,


BLUES DAY... orang cuti aku keje.arghhhh...tension!!! pergi keje pon bukan nye buat ape pon. keje takde. wayang je lebih. aduyai...sakit jiwa macam nie. tapi nilah kalau dah involve dunia construction. nak2 keje dengan contractor. huhu. kalau contractor kelas kecik2 confirm diorang ameknye semua cuti public holidays. huhu. nak2 pulak kalau company M. ngeh3. suke ati je kan. arghh.tetap tak puas hati. macam company aku keje sekarang, gazetted public holidays ade 10 days jer. itupon yang terpilih la. macam cuti2 besar like Raya Puasa, CNY, Deepavali, Cuti Birthday Agong, Merdeka and etc. and the rest macam cuti Wesak nih kene lah keje. huhu. itu pon kalau superior baik and boley kaw tim cantek punya dapat lah cuti free or cuti sorok2. tapi since acting PM sekarang dah bertukar tangan tak dapatlah nak berpoya2 lagi dah. huhu. kalau tak, mesti semua cuti public holidays bos akan bagi cuti. duduk ofis pon keje dah takde. tinggal final touch up and keje2 maintenance jer. hopefully, arini bos bagi balik awal macam selalu. hehe. krie macam half day la jugak. huhu.

oke, ekceli bukan nak cite pasal cuti pon. hehe. ce tengok sticker kat bawah..ce tengok..ce tengok..


heeee.yup!!!dah masok 37w. baby dah matured!!! still left 21 days before my due date..


wondering when my baby will come out .....lalalalala...

Monday, May 16, 2011

entry malas

salam readers, 

weekend baru-baru neh aku dan enchek suami decided nak lepaking dekat rumah jer. Ikotkan enchek suami nak pergi visit BF die yang baru dapat baby tapi terpaksa dicancelkan atas sebab2 tertentu. Maka dengan itu, bila dah duduk rumah confirm la kene kemas rumah kan? nak kemas rumah time weekdays confirm la masing2 tak larat. balik keje je dah penat. malam pulak time untuk rest. hmm...best lah kan mommies-to-be yang jadi suri rumah. confirm boley melepak je dekat rumah. haha. *yeker?* tiba-tiba jeles. hehe. oke, semalam bangun2 tidur je enchek suami terus offer diri untuk masak buatkan pecah laju. ape tuh pecah laju? hehe. breakfast. *ni lawak sengal si Zizan RL la ni* ngeh3. 


enchek suami cakap nak buat roti scramble. so, aku pon on je la. eventho, die cakap nak tolong masakkan but still aku jugak yang bersilat kat dapur untuk prepare barang2 untuk buat telur scramble tuh sebab enchek suami memang agak tak suke nak prepare2 barang masakan. leceh katenye. hoho. so, dah siap isi perut rehat jap before start mission untuk mengemas rumah. enchek suami tolong basuhkan toilet rumah while aku tolong sapu habuk2 dekat rumah sambil basuh baju pakai machine. hehe. after dah abeh kemas baru start masak. and hari sabtu yang lepas enchek suami request suh aku masak kari daging. so, sabtu tuh dah siap2 beli daging. 1st time kot aku try masak kari. selama ari nih memang tak pernah try pon masak kari. alhamdulillah menjadi jugak kari even main campak2 je barang dalam periuk tuh. hehe. after masak, rehat lagi.


hehe. seyes memang penat la bersilat 1 jam dekat dapor. dengan baby yang asyek menendang jer + sakit kaki sebab lame sangat berdiri. huhu. lepas siap masak, baru mandi + solat zuhur before lunch together with enchek suami. lepas makan macam beselah mate tuh berat jer rase. boley dikatakan keje aku kalau time cuti memang tidur jer. maybe disebabkan malam2 jarang dapat tido lena kot so badan jadi tak berapa nak functional sangat. huhu. and semakin dekat dengan due date aku rasa baby makin kerap aktif. kadang2 sampai terbonjol2 kaki die kat perut aku bila menendang. 


ha, neh aku ade 1 benda nak share neh. mase aku jumpe cousin aku aritu sempatlah cousin aku neh tanye bile waktu baby paling aktif bergerak. sebab ikot pengalaman cousin aku neh, baby die sangat aktif waktu malam around pukul 11-12 malam and waktu tu jugaklah baby die dilahirkan. beberapa minit before nak jam 12am. so, senang cito lah kan, orang kato time baby gerak paling aktif maybe adalah waktu baby akan keluar. hehe. wallahua'lam. aku pon tak sure sebab experience pon tak hado kan?kenelah tanye mommies yang dah pon selamat lahirkan baby masing2. hehe. macam aku baby sangat aktif awal pagi and waktu malam. kalau awal pagi tuh dalam pukul 7-8am. time tuh memang betol2 die exercise. waktu pagi kan, so harus lah exercise .baik untuk kesihatan. hehe. kalau waktu malam pulak around pukul 9-10pm. time aku nak tidur time tuh la die nak bersilat. and siyesly memang tak senang pon nak tidur. kejap beralih ke kiri, kejap ke kanan. telentang langsung out sebab tak selesa sangat2. 


and info yang aku baru dapat dari colleague enchek suami, kak intan cakap kite akan sakit2 belakang sebab tulang belikat nak terbukak. apetuh tulang belikat, ha, korang google la senirik sebab aku pon tak tau. hehe. and waktu terbaru yang aku perasan baby bergerak aktif adalah waktu petang. around area waktu lunch. pukul 12-1-2pm. sangat gile aktif waktu neh. memang tak senang duduk lah. huhu. kadang2 rase macam nak tangkap je kaki baby yang main tendang2 sampai perut terbonjol tapi opkos la tak dapek kan?keh3. tape..tape..kite tunggu baby kua..pas2 baru kite tangkap kaki die yang nakal suke tendang2 ibu die neh. hehe. 


p/s: uwaaaaa..esok tak cuti. menchik. T_T

Thursday, May 12, 2011

check up 36w 2d

salam readers,

pagi neh ade check up untuk weeks 36. lepas hantar enchek suami kat stesen komuter bangi balik rumah sambung tidor balik sebab malam tadi tak lena tidor. huhu. dah kerap kali asyek terjaga tengah malam. keadaan perut yang semakin boyot buat aku tak lena nak tidor. asal jam 2 pagi mesti terjaga. and then, kaki akan cramp dua-dua belah. memang gile perit. T_T. pukul 7.20am baru bangun balik and siap2 untuk g klinik.

sampai klinik terus ikot prosedur macam bese. timbang berat, cek tekanan darah, cek urine and darah. lepas tuh baru tunggu turn untuk jumpa nurse. and macam bese jugak nurse akan cek perut untuk measure tinggi rahim, jantung baby and position baby. setakat ni nurse cakap baby memang dah masok laluan. abeh perut aku die tekan2 and seyes memang sakit oke.  rasa macam nak suh jer nurse tuh stop tekan sebab sakit sangat. T_T sempat jugak la aku tanya nurse ade ke potential baby nak kua dalam 36 weeks++ and nurse cakap memang ade even baby belom sampai tempoh matang and normally kalau ade kes macam ni doc akan bagi injection untuk matangkan jantung baby. huhu. nak ke baby kua awal? sabar dulu la yer anak ibu..kite tunggu seminggu dua lagi. tiba2 pulak rasa macam tak ready pulak. hehe.

and then nurse tanya lagi problems lain yang appear tapi aku just mentioned pasal perut yang asyek mengeras je. dalam minggu nih je boley kata tiap2 hari perut keras and yang paling teruk semalam la. rase senak sangat2 + tak selesa. and nurse advice kalau perut mengeras + sakit kene g hospital untuk cek. sebab kemungkinan itu tanda2 nak bersalin. but so far aku tak de lah rase sakit except mengeras jer. huhu..

oleh sebab aku takde prob len so tak payah la jumpe doc arini. after check up terus balik rumah and sambung rehat lagik. kaki dah semakin kronik. rasa macam nak pakai welcha jer. T_T


p/s: semalam 1st trial buat nasik ayam gara2 terliur tengok nasi ayam dekat blog mommy Pya. hehe.


Tuesday, May 10, 2011

36 weeks = 9 month =)

salam readers,


ce tengok picture di atas. Heeee~~arini genap lah baby aku 9 bulan dalam perut. Dah masok 36 weeks dah. Alhamdulillah. Mampu jugak aku bawak anak sendiri selama 9 bulan. Bangga dengan diri sendiri. Ngeee~~ hope mommy-to-be yang lain pon macam to jugak. lately, badan dah semakin lemah. kaki semakin bengkak, diri lame sikit pon tak boley. kadang2 time nak solat pon rasa macam tak mampu nak berdiri tegak tapi gagahkan diri jugak. T_T malam2 pulak kaki selalu cramp. kadang2 tahan diri dari kejut enchek suami sebab tanak kaco enchek suami tidur. belakang badan pon dah selalu sakit2. kalau duduk sambil nonton tv mesti rasa nak baring je sebab sakit belakang. perut pon dah mula kejap2 mengeras. tah ape lah baby buat kat dalam sampai keras perut mommy dia. hehe. keje2 rumah pulak terpaksa buat slow2. tak boley dah nak jalan laju2 kalau tak nanti mesti mengah. T_T and sekarang pon kadang2 tak larat nak diri lame2 dekat dapor untuk masak. makin terasa baby nak kua, makin bermacam2 perasaan sakit yang datang. 

eventho, waktu dah makin hampir aku tak tau kenapa aku langsung tak rasa nervous or takut. tapi rasa happy and excited yang terlebey pulak. maybe sebab belom sampai masa lagi kot so nervous tuh tak datang lagi. hehe. and almost every day aku dah start imagine macam2 bila baby dah kua nanti. nak beronok- ronok dengan baby and enchek suami (bak kata johan RL,kalau seronok sorang2, kalau 2 orang seronok jadi lah dua ronok, and kalau tiga orang seronok jadilah beronok2...kah3. geli perut aku dengar johan cakap camtu) tiba2 teringat yang enchek suami takut tengok perut aku time aku gelak. kadang2 kalau tengok maharaja lawak die tak kasi aku gelak tapi aku gelak jugak.(yela, kalau orang dah buat lawak takkan nak serius je kan?) sebabnya, enchek suami takut tengok keadaan perut aku time aku gelak. sebab baby seolah2 timbul kat permukaan perut tuh. haha. lawak sungguh enchek suami. mommy-to-be yang lain ade tak yang macam tu jugak? 

oke. and lagi satu, aku rasa sekarang ni aku macam ade habit baru. especially bab kereta. sekarang selalu je nak kereta bersih tip top. every wiken mesti basuh kereta. kalau tak sempat basuh sendiri aku akan hantar kedai untuk basuh. tapi bila aku rasa orang tuh basuh tak bersih, balik rumah aku basuh balik sendiri siap polish and vaccum sekali. tapi yang pastinya enchek suami lah bertungks lumus untuk basuh. aku nak buat sorang2 memang tak larat lah. baru basuh empat tayar dah stop. penat weyh basuh kereta ..fuh...bila penat dah hilang baru continue balik. hehe. ape reason yang buat aku jadi macam ni pon aku tak sure. hehe. and setiap kali nak naik kereta kalau dekat  lantai kereta 2 ade batu or pasir mesti aku akan cepat2 kibas buang semua pasir2 tuh. rasa macam rimas je bila tengok ade pasir or batu melekat. and condition kereta pulak nak selalu wangi. tak cukup perfume kereta aku letak kat tempat air cond tuh, perfume yang jenis spray tu pulak aku g spray 1 kereta. and kadang2 kalau tengah drive tibe2 tak rasa bau perfume aku akan tanggalkan perfume dekat air cond tuh and bawak ke hidung pas2 hidu puas2. dah macam orang addicted pon ade. huhu. normal ke aku ni ek? and yang paling tak tahan dengan perfume Elizabeth Arden pon aku siap spray dalam kereta semata2 nak kereta sentiasa wangi and bersih. memang gila addict dengan bau-bauan. 


tapi itu kire oke lagi kot. kadang2 lepas solat aku akan cium al-Quran yang my mom belikan untuk aku dekat Makkah dulu. before baca mesti aku akan cium puas2 bau al-Quran tuh sebab cover al-Quran tuh dibuat dari kain baldu. and kalau dekat office pulak aku suke bau kotak2 untuk simpan file2 dalam bilik stor. pelik kan? apesal ek jadi macam ni? normal ke tak ek?ade ke mommy-to-be yang lain habit macam aku???confuse sudah ni.. T_T


Monday, May 9, 2011

terbaek & terganaz!!!!

salam readers,

semalam hari yang paling memenatkan dalam hidup aku. Owh, lupe lak. SELAMAT HARI IBU buat mak aku dan mak mertua aku. i love both of u very2 much. and tak lupe jugak buat semua ibu2 yang ade kat Malaysia neh. Malaysia je ker?emm..oke la..oke la..seluruh dunia..hehehe…especially kepada semua isteri2 yang baru je dapat title ibu. Hik. mesti seronok kan dah jadi ibu. semalam aku habiskan weekend aku kat rumah my mom. diz wik memang aku and enchek suami plan takde nak g mane2 pon. just nak lepak duduk kat rumah jer. and tiba2 ari sabtu tuh enchek suami ajak pergi tengok midnite. tapi terpaksa postponed d next following day sebab enchek suami penat.


kat seremban nih cinema yang ade just TGV, GSC & MBO jer so aku pon google la tiga2 panggung neh sekali. heheh. bajet konon nak booking online sebab kitaorang confirm cite yang kitaorang nak tengok neh mesti full house kalau lambat book. so, bile dah set time nak tengok pukul berapa terus la aku book online tapi asyek failed jer. last2 enchek suami cakap pergi je beli tiket kat kaunter. kalau ade rezeki, dapat la tengok nanti. hehe. cite ape kitaorang tengok?hehe. haruslah Fast & Furious 5. pergghh...cite kali neh memang TERBAEK & TERGANAZ la...aku sangat gile suke tengok Vin Diesel merangkap ex-bf tak jadi aku. ngahahaha. oke. tipu jer. (dulu aku memang sangat suke tengok vin Diesel neh sebab die BOTAK (HARUS OKE) and sore yang ala2 macho gitu.) haha. gedix kan?tapi ni time tengah anak dara dulu ler. sekarang dah tak ley nak lebey2. nanti enchek suami merajuk. mwahahaha. tapi semalam i TERcair balik bile tengok Dominic Toretto (watak Vin Diesel dalam F&F)  T_T . 


amacam ex-bf tak jadi i?encem tak? cekci tak?mwahaha. i taw ade certain gurls tak suke laki botak. tapi aku memang gile dengan lelaki botak except Mawi. not my taste. hakhaktuih!!!


compare dengan F&F 4 last year, aku rase diz time paling best kot. sebab semua pelakon dari F&F 1 sampai la F&F 4 diorang gabungkan dalam F&F 5. emm..aku malas nak cite banyak. jom tengok trailer F&F 5 neh. confirm korang teruja nak g tengok nanti. papepon, aku bagi 5 stars dekat Dom, eh, bukan dekat movie neh. ngeh3..rasa macam nak g tengok lagi jek!!!!huaaaa....


tapi kan ade sedikit tak logik dalam cite neh. ni antara conversation aku and enchek suami after tengok movie neh..

Aku: eh, Mia (adik kepada Dom and gf kepada Brian O'Conner) tuh pregnant kan? nape die boley men lompat2, lari2 tapi tak gugur (miscarriage) pon.
E.S: aah la..siap lompat dari bangunan tinggi lagi..ujung cite tengok2 perut dah besor..
Aku: eh, ayang dulu baru men larik2 sikit dah gugur..ni kan pulak men lompat2 bangunan. (tak puas ati)
E.S: (sengih2 jer die....)


see..see..cam tak logik kan?hehe. name pon movie ek?suke ati director la nak bagi gugur ke tanak kan?mwahahaha.


ha?dah dengar sore abang botak Dom?cekci tak sore die?hahah. macho kan?arghhh...aku dah gile kat Dom. astagfirullah. insap balik. T_T

Saturday, May 7, 2011

30 hari menunggu si techik keluar...

salam readers,

mode: dup..dap..dup..dap..
feeling: excited + happy.
reason: ce tengok date hari.. 07th May 2011.





kenapa dengan hari ni?hehe. oke, arini memang takde pape pon. tapi dalam masa 30 hari dari sekarang insyaAllah, my most appreciated gift from Allah swt will coming out soon. sama ada pada tarikh tu baby akan keluar or tercepat or terlambat aku tak kesah. janji keluar. hehe. takkan nak duduk je kan dalam nie. walaupon aku rasa aku kene gunakan masa yang tinggal sekarang untuk merasa keajaiban makhluk yang sedang hidup dalam perut aku nih. sok2 dah keluar mesti miss all those moments kan? yela, kalau baby dah kua dah tak rase lagi baby duk men tendang2, jentik2 perut ibu die kan?


aku punya EDD setelah diconfirm kan oleh doc Nathratul aritu should be on 07th June 2011. so, memang genap lah sebulan dari sekarang. macam tak sangka. from the 1st day dapat taw aku pregnant sampai tinggal lagi sebulan je tunggu baby nak kua. rasa macam kejap jer pulak. hehe. baby sekarang pon sangat aktif. boley kata most of all the time die bergerak. and yang paling obvious semalam. perut dari pagi keras semacam. bila baby bergerak lagi senak perut jadinya. time makan pon tak ley nak sumbat banyak2 sebab akan buat perut tambah keras. perghhh..nak bergerak lagi lah susah. memang slow motion sungguh. 


and arini pon same. walaupon perut dah tak sekeras semalam but still bila baby bergerak sampai terbonjol2 perut nih dibuatnyer. hehe. suka sangat bila dapat rasa baby movements. kejap tendang kiri. kejap tendang kanan. heee~~seronok. perasaan macam ni la kot yang ibu2 akan rindu agaknye nanti kan bila dah give birth? weeee~~okelah. arini punya cerita ending kat sini je la. nak beralih kepada baby yang dah start menedang. ngeeee~~


p/s: jom counting days same2..hehe..







Thursday, May 5, 2011

Set Bersalin

salam readers,

second entry for the day. al-maklumlah, bos takde. kehkehkeh. bercuti sakan je bos aku nih. eh, termengumpat pulak. ngahahaha. semenjak projek dah habis ni je la keje aku kat opis. mengangkang depan pc. maksud aku mengangkang depan pc bukan duduk sambil terkangkang. bukan ye..no..no..no.. salah konsep tuh. maksud aku,  duduk tak buat keje sambil online di internet. ni je la keje aku. since subcont aku pon tinggal 2 orang je la nak final. itupon aku tak sure aku sempat final kan ke tak before aku apply maternity leave. tapi aku harap2 dapatlah aku settlekan sendiri before due date aku sampai.

oke, lupekan kejap pasal keje. ni aku nak cite sikit pasal set bersalin. last month, aku sempatlah jenguk anak cousin aku kat kampung. dah masuk 2 bulan dah pon time tuh. so, sambil borak2 cite pasal experience bersalin, pasal BF, pasal macam2 lagi lah. sempatlah aku usha2 cousin aku tuh set bersalin ape yang dia pakai. cousin aku cakap die dah TERbeli set Mustika Ratu. menurut cousin aku ni lah kan, dia cakap set Mustika Ratu nih banyak pil or jamu. and memang aku tengok pon bersusun pil2 dia. bulat2 kecik macam ...emmm..takmo cakapla. huhu. dah la banyak pastu sekali makan sampai 5 bijik pulak tuh. kalau ade 3,4 jenis pil kene makan 5 bijik setiap satu cuba bayangkan bape puluh bijik korang kene makan. lepas tuh bau dia memang tak yah cakapla. memang bau jamu. busyuk giler. aku pon tak tahan nak bau. ape lagi la nak telan smpai berpuluh2 bijik.

ni la sample Jamu Mustika Ratu tuh.
source Google.


then, masa tengah duk borak tuh my mom and mak ngah aku pon ade. diorang pon la bagi tau kepentingan makan jamu nih. tapi oleh sebab cousin aku nih tak lalu makan jamu Mustika Ratu tuh so, mak ngah aku suh die minum air akar kayu. rugi je beli mahal2 tapi tak makan kan? then, my mom pulak suggest kat aku suh beli set bersalin leesa formula. and my cousin and my mak ngah pon beriya2 suh aku beli set bersalin yang tuh. sebab ikot cakap mereka2 semua, set tuh bagus and tak banyak jamu/ pil nak kene makan. plus ade tungku and bengkung lagi. so, aku pergi ofis terus search pasal set bersalin Leesa nih. and memang betollah, tak banyak pon pil nak kene makan sebab set ni siap ade gel/ krim untuk sapu untuk kecutkan rahim and etc.  aku lebey prefer ubat sapu macam krim and gel daripada nak telan2 pil nih. huhu. tak tau la korang macam mane kan? korang boley refer la kat web nih untuk keterangan lebih lanjut oke. hehe.


ni set bengkung tuh. cousin aku sempatla demo cara nak pakai bengkung nih.
hmm..xdela susah sangat kot. heee~~
source Google


ni contoh cara pakai bengkung tuh.


 set bersalin leesa formula. 

so, aritu lepas dah puas ati tengok webpage Leesa nih, aku terus decide nak amek set B yang ade barang2 macam:-

1) Tablet Perawan
2) Tablet Haruan
3) Ginger Cream
4) Minyak Telon
5) Body Contour Gel

yang kat atas nih ade lah untuk set A. kalau set B = set A + Bengkung Correctuer.
so, kalau refer webpage Leesa nih, harga untuk set B = RM260. then, aku teringat dekat kak engku yang ade jual set2 bersalin secara online. terus je la aku tanya dia pasal set nih. and she did offer me low price + free postage.memang murah kot kak engku offer aku dari webpage Leesa tuh. and free postage. sape tanak kan?jimat beb!!!kehkehkeh. so, set tuh pon aku dah dapat and dah siap letak kat rumah my mom lagi untuk persiapan berpantang nanti. ececey..hehe..


and aku hari tu pon dah TERbeli jugak 1 corset. huhu. corset nih aku beli dulu dari set bersalin tuh. eventho, corset tuh aku boley ganti dengan bengkung Leesa tuh, tapi hati tetap cakap nak bengkung tuh. last2 beli jugak. so, aku plan bengkung boley la pakai time dalam berpantang nanti. and corset pulak after pantang means after dah masuk keje nanti. hehe. ni pon semua gara2 sebab berat badan yang dah naik banyak la ni. risau sangat2 takut berat takmo turun nanti sampai TERbeli corset and bengkung. ngahahaha. kalau tak kurus jugak tak tau ler aku. huaaaaa..nak berat aku yang 50kg tuh balik... T_T



its already 35 weeks...weeeee~~

salam readers,

pagi tadi aku baru je lepas buat check up dekat KK BSP. hmm...alhamdulillah, orang ramai tapi nasib aku sampai awal. dapat la turn no.3. hehe. hari ni jugak aku kene buat BSP lagi sebab BSP yang last time punya agak sipi2, so, doc Nathratul suh aku repeat buat BSP lagi. sobsobsob. walaupon just kene amek darah je tapi macam agak sengsara jugak sebab aku kene kawal makan hari ni untuk dapatkan bacaan BSP yang cantik. so, arini kene puasa makan nasi. so, aku plan after 9pm baru makan nasi supaya BSP aku ok and tak payah nak kene repeat lagi. huhu. harap tangan dan badan tak menggigil la menjelang malam nanti. kehkehkeh. kalau BSP aku naik jugak kene refer ke hospital la nampaknyer. T_T


overall, check up arini semua ok. just tinggal nak amek darah untuk BSP pukul 5pm and 9pm je lagi. berat badan pon dah stable. tak naik pon. maintain 64kg. fuh..fuh..fuh..lega. risau jugak takut berat badan naik lagi. last two weeks aku g check up pon berat maintain 64kg. next week harap dapat maintain jugak. BOLEH KE EK?so, pemakanan yang aku amalkan sekarang maybe kene maintain la kot. amek nasi sehari sekali. and kalau lapar makan buah je. harap2 berkesan lah cara aku nih. and tadi nurse suh aku refer doc. sebab due date dah dekat. so, kene dapatkan lah pemantauan dari doc. and prob tentang due date aku pon dah setel. confirm 7/6/11. kalau ikot cakap nurse aku dah masok 37 weeks skang ni. tapi bila doc scan doc cakap baru 35 weeks. so, akan folo EDD ni sampai waktu bersalin nanti. tapi aku harap sangat baby kua awal sikit. kenapa???


arghhhh...tengah serabut nak pikir pasal nak move out, pasal nak cari rumah sewa baru, pasal kene transfer projek, nak kene packing semua barang lagi. atleast kalau baby kua awal, dapatlah aku habiskan pantang cepat2 and then carik masa untuk carik rumah baru and packing barang2. contract rumah sewa skang pon abeh mid of July. walaupon enchek suami dah pesan tak yah pikir sebab dia boley settle semua (tiru gaya Nazmi..kehkehkeh...) tapi  rasa macam guilty pulak nak lepas tangan suruh enchek suami handle sorang2. atleast, kalau baby kua awal, boley lah settle hal rumah before cuti pantang aku habis kan? and boley lah fokus hal kerja and rumahtangga tanpa perlu nak pening2 kepala. nak2 pulak nanti bulan 8 dah nak puasa. hmm...semoga semuanya dipermudahkan olehNya. huhu.


oke, aku dah melalut, balik kepada story check up tadi. doc cakap baby dah masuk laluan. so, anytime baby akan keluar. so, just get ready je. berat baby aku lupa pulak nak tanya doc. adehhh..takpe la. janji baby sihat and selamat kat dalam tuh. hehe. and sempat jugak nurse highlight kat aku pasal jaundis. and carta gerak anak pon aku kene selalu update untuk tengok pergerakan baby. and alhamdullilah sampai hari ni baby aku cukup 10 kali gerak and kadang2 lebey dari 10 pon dalam masa 12 jam. pernah jugak terbabas nak catit pergerakan sebab tak perasan baby bergerak. tapi bila dah diusap2 perut tuh baru lah baby aktif balik. hehe. baru lah den logo sikit. hehe..

so,setakat hari ni je la entry aku. memang dah kelaut dah entry aku hari ni.kehkehkeh.


p/s: little z tak jadi balik rumah my mom....sad T_T




Wednesday, May 4, 2011

Bunga Siti Fatimah

salam readers,

last week cuti panjang kan?korang ke mana habehkan cuti?aku and enchek suami plan mula2 nak pergi jalan2 makan angin sebab kaki gatal nak berjalan tapi atlast kelaut kampung enchek suami sudehnyer...huhu..sebabnya, kalau tak balik sekarang maybe dua tiga bulan jugak nanti kami tak balik ke perak sebab insyaAllah awal bulan june dah nak jumpa orang baru. weeee~~~ so, hari sabtu lepas after tunggu enchek suami balik dari office terus balik perak. sempat juga singgah JJ Seri Kembangan untuk beli final baby'stuff yang tercicir nak beli. cloth diapers. huhu. sebab tuh antara barang yang nak kene bawak g hospital nanti.


alhamdulillah semua barang baby dah almost complete. Cuma barang2 yang nak digunakan bila baby dah besar or after aku pantang je yang akan beli kemudian. Masa aku balik kampung aritu, family abg long enchek suami pon balik sekali. So, sempatla aku dapatkan tips2 terakhir dari kak long untuk final stage kehamilan aku nih. kak long cakap minyak selusuh maybe dia tak dapat nak provide untuk aku since dia tak balik kampung mak dia kat JB. so, aku awal2 dah prepare mintak enchek suami buat sendiri air selusuh and aku pon dah start minum air tuh. and then, hari tu before nak balik, my MIL sempat bagi aku bunga siti fatimah untuk memudahkan bersalin nanti. alhamdulillah, nasib baik my MIL ada beli masa pergi tunaikan umrah hari tu. yela, walaupon kita dah doa mohon dipermudahkan bersalin and baca surah Maryam, usaha pon kene ade jugak kan?usahanya, minum air bunga siti fatimah ni la and amalkan minum air selusuh. kalau setakat berdoa tanpa usaha tak menjadi jugak kan?betol tak?heeee~~



my MIL pesan bunga ni rendam seminggu before due smpai bunga tuh kembang. and minum bila dah start sakit and bacalah selawat before minum tuh. tapi, dari yang aku seacrh from internet (blog and forum) cakap bila dah masuk 37 weeks dah boley start minum. confuse aku sekejap?mane 1 nak folo? tapi papepon aku akan folo ape yang my MIL dah pesan. sebab orang tua lagi arif kan benda2 macam ni?and kak long pon cakap benda yang sama. dah masok labour room baru minum sebab kadang2 ade nurse/doctor akan tanya kita ade bawak air selusuh/bunga siti fatimah ke tak. so, just get ready je la air tuh bawak pergi hospital nanti. macam2 petua and pesanan my MIL bagi. mane yang aku ingat aku buatla mane yang terlupa kadang2 tak buat.huhu. my MIL pon siap bagi buku doa2 untuk permudahkan bersalin. terharu pulak rasa pengorbanan my MIL nie. hope dapatlah balas balik jasa my MIL jaga aku selama aku pregnant nih. dah macam2 petua dapat nih. hehe. 


nilah rupa  bunga siti fatimah. 
source from google. 
dari source from google ade yang cakap bila bunga ni kite rendam and dah kembang tandanya dah nak bersalin. wallahualam. aku pon belom start merendam pon lagi bunga nih. tak tau bila waktu yang seswai nak rendam. maybe ujung bulan nih dah boley rendam kot.


so, by this week aku dah masuk 35 weeks. ade lagi dalam 5 minggu je lagi nak jumpa si kenit kat dalam perut nih. perasaan macam2 ade. excited, nervous, happy. macam2 la. tapi yang terlebey sekarang ni just rasa nak tengok muka baby jer. hmm...tak sabarnyer!!!! kak long cite experience die dulu week 37 baby die dah kua dah. and ketiga2 anak dia kua awal. so, tak folo EDD pon. aku pon harap2 baby pon kua la awal sikit sebab sekarang memang rasa dah tak larat sangat2. jalan sikit dah penat, kaki makin bengkak, tidur malam selalu terjaga dengan sakit belakang lagi. baru kemas rumah sikit dah termengah2. adehh. and hopefully time dah nak sakit tuh biarlah tunggu waktu hubby ade bersama. naya je kalau tiba2 rasa sakit time sorang2 dekat rumah or time tengah keje. huhu.


p/s:  hope mommy-to-be yang laen  yang tengah menunggu baby masing2 kua pon macam tuh jugak. dipermudahkan segala kesulitan waktu nak bersalin nanti. amin. 



apepontabuleyh!!!

salam readers, 
hmmm…ikot hati rasa macam nak delete je dah blog nie. Sebab aku tahu lepas ni confirm aku takde masa nak mengadap blog ni lagi dah. 

antara reasonnya: 

1) lepas nie dah ade baby..weeee..so, masa aku pasti akan lebih banyak dihabiskan with si kechik yang bakal jumpa dunia nih;

2) sebab lepas aku habis berpantang terus masok projek baru. And of course kalau projek baru dah masok confirm akan busy dengan tender, BQ, subcont yang bermacam2 kerenah, buat interim payment and etc. 

3) oleh sebab dah ade baby and projek baru, masa tuh confirm takkan mengizinkan aku update blog. Kalau dulu balik keje waktu malam2 sambil nonton tv with enchek suami mesti aku sempat update blog. Esok2 sempat ker? Tah-tah balik keje pon dah malam and maybe dah tak folo waktu office hours dah. masuk kol 8am balik pon pukul 8pm. mane lah tau kan. projek baru start. ikot experience staff sini yang join masa awal2 projek Lekas ni dulu pon diorang cakap macam tuh. Konon eh sobab dah keje berlambak dekat office. huhu. macam sekarang boley la nak tunggang terbalik kat office sebab tengah takde keje. esok lusa dapat ke waktu free macam nie?huhu.


tapi tak kesahlah janji semua berjalan lancar and dipermudahkanNya. heee~~oleh sebab dah almost one month aku deactivate account blog aku, so, dah banyak la entry aku tertinggal nak share dekat sini. Huhu. Walaupon dalam hati kata.."emm,jap g nak activate lah balik account blog".. tapi bila dah bukak internet, benda lain pulak yang aku buat. keh3. oke, last 3 weeks enchek suami dengan gagahnya dah tolong aku buat benda yang aku paling nyampah sekali nak buat. "Dealing with the goverment servant" bukan nak cakap ape la, tapi kadang2 sakit jugak hati bile deals dengan orang gomen nih walaupon dalam family aku ade goverment servant. kihkihkih. tapi tuh cite laen. tapi malas lah aku nak membebel panjang2 kat sini pasal government servant nih sebabnya ape yang aku nak dah dapat.


Heeee~~apebondo eh yang aku dah dapat? Ngeeee~~aku dah dapat booking untuk bersalin di Hospital Putrajaya. Eventho, time tuh dah give up jugak lah nak pergi booking tapi sebab enchek suami NAK SANGAT anak dia jadi orang kay el sebab dia pon lahir dekat kay el so, terpaksalah enchek suami bersusah payah pergi booking di Hospital Putrajaya. aku yang tengah takde hati time tuh boley pulak cakap bersalin je la kat mane2 asalkan selamat. huhu. memang really give up time tuh. tapi bila dah dapat booking takdela pale ni pikir nak bersalin kat mana dah lepas nih. hehe. 


p/s: tak sabar nak tunggu baby keluar. ade 5 minggu lagi.hiks!!!



Saturday, April 2, 2011

Maharaja Lawak Minggu-1 Part-2 - Jambu

salam readers,

korang tengok tak MAHARAJA LAWAK malam tadi?keh3..adehh..adeh..adeh...nak gelak dulu. kelakar malam tadi tak abeh lagi. kahkahkahkahkahkah..overall, malam tadi nye lawak memang da booomm la..tak sia-sia aku tunggu dari pukul 930pm sampai pukul 1200am. baby pon ikot tidur lambat. kehkehkeh. start dari kumpulan Jambu sampailah ke Nabil. setia je duduk depan tv. ngeh3.



korang sokong sape?hehe. kalau tanya aku perserta yang join semua mantoppsss-mantopsss. totally, semua pon lawak except tut A*. haha. sendiri paham sudah. tapi yang aku suka sangat confirm la si Jozan and Nabil. *eh, haruslah support orang senogori. ngahahaha. nasib baik malam tadi turn Nabil last sekali, kalau tak mesti lepas Jozan and Nabil buat show aku terus masok tidur. haha. starting show malam tadi pon sangat best dari kumpulan Jambu. awal-awal dah buat lawak. memang berdekah-dekah aku and enchek suami ketawa. tapi bila masuk part Amir, aku dah blur sebab tak paham lawak yang cuba disampaikan. dah slang Kelantan dia pon aku tak paham lagi rasa macam "kalau ko stop buat lawak and tak payah tunggu loceng bunyi pon takpelah". enchek  suami pon dah rasa geram nak tengok sebab tak paham langsung lawak dia sebab tak kelakar oke. huhu. then peserta lain yang aku rasa kelakar macam kumpulan Sepah, Balas, R2 dan Jambu. yang lain semua oke lah, boley tahan la. lawak Balas mala tadi, diorang bawak isu pasal hantu makcik jual karipap yang sangat popular dekat sekolah asrama penuh. ahahah. teringat aku time belajar dekat matriks dulu yang popular dengan cerita hantu ni. tak pasal-pasal hantu makcik jual karipap popular dah sekarang. kah3. apa-apa pon Maharaja Lawak memang best!! confirm lepas ni kene langgan Astro Warna. huhu.
so, sebelom aku blah. korang layan la first group yang buat show malam tadi, Kumpulan Jambu. besttt!!!




Thursday, March 31, 2011

BFF gathering

salam readers,
wuuuu…lame tak updte blog..macam biasa.of coz la takde mood nak menaip plus idea takde nak tulis apa. huhu. Just nak story mory last week punya activity. oke, previous entry aku ade cakap nak jumpe besties aku kan? maka dengan itu, hari Ahad yang lepas sempatlah jugak jumpa diorang kat Mid Valley. walaupon pada awalnye aku rasa macam give up. arghhhh..nak balik lah. nak merajuklah dengan diorang. geram taw tak. geram!!!!sebabnya. janji pukul 11.30am tapi diorang sampai almost nak dekat 1pm. macam stupid person je tunggu sorang-sorang dekat Food Court. orang yang datang makan kat meja sebelah-sebelah aku pon sampai dah bertukar 5-6 kali. biasalah kan, janji melayu. tapi aku memang pantang tunggu orang. kalau setakat lambat 15 minit ok la jugak ni nak dekat 1 jam setengah kot aku tunggu. memang menguji tahap kesabaran betol. T_T sedih. and kebetulan pulak enchek suami pergi tengok movie cite Hikayat Merong Mahawangsa sorang2 sebab aku malas nak join. memang macam tunggul lah duduk sorang-sorang. tak makan and tak minum. just duk peratikan orang jer.



then, dalam pukul 1230pm izyan, farah and azai call aku berselang-seli. tapi aku saja malas nak angkat sebab sakit hati sangat-sangat. dalam hati aku pikir nak tunggu enchek suami abes tengok wayang and then g makan and then balik rumah terus. sebab hati dah keciwa sangat2 menuggu diorang. T_T diorang message pon aku malas nak reply. dekat setengah jam kot diorang duk carik aku. at last bila enchek suami dah abeh tengok movie baru aku reply tengok message diorang and return call diorang balik. tapi bila dah jumpa diorang enchek suami kaver kan marah and keciwa aku cakap kami berdua tengok muvi sebab tuh x return call and reply message padahal dalam hati broken giler. T_T and aku pon try act kool macam takde pape yang berlaku since weols dah lame tak jumpa plus farah memang sangat-sangat jarang lah nak jumpa.


we met up pon kat surau sebab time diorang ajak aku pergi makan kat Delicious aku still dalam mood sedih and sakit hati so tak nak join diorang sekali. haha. emo kan aku??kahkahkah. and kebetulan diorang pon nak g solat jugak so, jejak kasih kami bertemu di surau. haha. terus hati rasa macam kool balik bila dah jumpa diorang.  after solat terus diorang ajak lepak dekat Belanga's. and beselah kalau dah kumpul ramai-ramai mestilah ada gossipping session kan? kehkehkeh.. 

jejaka2 yang menemani izyan, azai and farah.
from left: zamir aka fahrin ahmad. ahakz. 
middle: syazarun aka aaron aziz .ahakz.
right : hasrol aka rain. lagi nak muntah aku. haha.
macam man diorang boley dapat gelaran ni pon aku tak sure.
jumpa2 terus diorang dipanggil dengan nickname tuh. geli je telinga aku dengar. haha.

the four of us



me wif farah. =)
tapi next week dia dah nak balik India balik T_T
kejap jer dapat jumpa. T_T



at Belanga's


 tujuan datang sini sebab nak cari port untuk celeb birthday Azai and Farah.
kebetulan dua-dua born on march. 
we were always gonna be a good best friends ever~~



the birthday gurls.
Farah and azai. =)



the birthday cupcakes!!!


cupcakes yang aku bawak ke hulur ke hilir sampai naik lenguh tangan aku bawak. T_T


i look fat in diz pic. hate it!


after celebrating the birthday gurls, si rain  ajak g main lasertag dekat floor 3. so, kitaorang pon pergilah duk usha amendealah lah game tuh. sampai dekat Galaxy Laser kot name arked tuh *aku pon dah lupa* kitaorang masuk lah sebab nak taw ape game tuh sebenarnya. it almost like a paintball game tapi yang ni player guna laser gun untuk lawan musuh. Nampak macam interesting.  so, terus tanya kaunter tentang payment untuk 1 game. and kitaorang semua terkejut badak bila orang kaunter tuh cakap untuk 1 game is rm25 for 10 minutes only. gile bagak. Mahal gile. Itu kalau main untuk 10minutes confirm la baru nak menembak dah time's up. Oke, semua boley keluar yer.  haha. Masing-masing cakap not worth to play. So, dengan muka keciwa keluar la balik and carik game laen. Tapi yang paling keciwa rain la sebab die yang suggest nak main game ni. yang pasti aku tak rasa pape sebab confirm kalau diorang main aku just boley observe dari observation dekc jer. Mwahaha. mak buyung tak boley lasak-lasak. Huhu. next, diorang ajak g main bowling. Aku and enchek suami layan kan aje. Tapi yang main diorang je la. mak buyung kene duduk diam-diam dekat kerusi eyh. kalau mak buyung main sekali confirm mak buyung yang jadi bola bowling. Biahahaha. 



posing depan lift.
sempat lagi tuh. hehe.


 enchek suami pon ado.

totally enjoy dengan diorang sebab semua having fun. tapi aku rasa sedikit terkilan sebab masuk bowling arcade tuh. Rasa macam tak bagus untuk baby dalam perut. reason???maybe sebab environment dalam arcade tuh kot.  dah macam clubbing jer. T_T sebab music dia terlalu kuat. and don’t expect la diorang nak bukak lagu keroncong ker, dangdut ker, nasyid ker. confirm2 la lagu techno ala2 clubbing tuh. T_T kesian baby dalam perut terpaksa dengar music macam tuh. Aku duduk dalam tuh pon mula rasa tak selesa. asyek tengok screen je bila la diorang neh nak abeh game sebab tak sabar2 nak keluar. T_T
"baby, mummy promise after this no more loud music eh" T_T
after game abeh terus pergi surau untuk solat asar. Insap. T_T lepas solat aku decide nak balik sebab kaki dah penat berjalan. Lagipon aku malas nak balik malam-malam sebab esok tuh dah nak keje. Huhu.


 we really had fun!!!


p/s: apesal arini aku rasa macam ari jumaat. T_T

Saturday, March 26, 2011

saya ada date!!!!


salam hari sabtu,   




boley ke aku nak masuk kategori kat atas tuh?kehkehkeh. Dah nak jadi mak orang dah still perasan anak dara. Mwahahaha. Lantaklahnyah. Umur still muda. Apedehal. Janji tak buat perkara yang bukan-bukan. Kan? haha. mak buyung masih tak sedar diri. perut dah boyot tapi still nak action macam anak dara. ngahahaha. hari ni mood happy. Sebab esok aku ada date dengan my besties, farah, izyan and azai. sudah agak lama tak jumpa diorang. Kebetulan cik farah balik Malaysia for study leave. even tak lama *just 2 weeks only* so, kene lah gunakan masa yang ada dengan sebaik2 nya. diz time memang weols plan baek punyor sebab last time farah balik tak dapat pon jumpa dia. And farah merajuk sebab masing2 tak pedulikan dia sebab sibuk dengan hal masing2. 

and aku pulak, even dekat dengan azai and izyan tapi sangat2 jarang dapat jumpa. macam aku every weekend mesti ada program. azai pulak sibuk dengan family dia, tolong parents dia. and izyan pulak sejak dia further study dekat penang lagilah susah nak jumpa dia even dia selalu balik seremban. Huhu. so, esok nak dating dekat Mid Valley. At first izyan nak suggest g Sunway Pyramid tapi aku tanak sebab leceh nak suh enchek suami hantar sampai ke sana. Better aku g Mid kan?public transport pon senang *ececey..hari tuh cakap tanak naik tren dah* haha. 


from left: me, farah, azai and izyan. miss 'em a lots!!! zillions of kisses for 'em!!!


p/s: kejap lagi nak g amek cupcakes dari kakak Ratu Kek. yeay!!!

Friday, March 25, 2011

kain sulam sudah sampai

salam readers,

ectelli, dua tiga hari ni sangat MALAS nak update blog. padahal dalam pale otak banyak giler nak update. huhu. tapi disebabkan mood hilang ke laut jadi tak berhapdet ler blog aku. just blogwalking dekat blog bloggers lain. ngeee~~

tapi hari ni mood dah back to normal. reason???NGEEEE~~nak senyum lebar-lebar dulu macam kat bawah nie.
haha. cukup besar tak smiley i. ngeh3. :p

oke, ectelli, kain sulam yang aku order 2 hari lepas dah sampai. hehe. ikotkan sepatotnyer semalam aku dah boley pegang, cium, peluk & bergaya dengan kain tuh, tapi disebabkan oleh aku tak de kat rumah masa orang Poslaju tuh hantar parcel, so terpaksalah dia tinggalkan note untuk aku g pick up parcel tuh dekat post office Bandar Seri Putra.

so, hari ni dah excited nak balik awal. tapi masa nak balik tadi boley pulak bos buat-buat lengah. dalam hati rasa macam nak blah gitu jer. tapi rasa macam kurang sopan and kurang respect pulak. so, bersabar je la. but at last bos bagi balik jugak. heee~~ terus aku cepat-cepat turn off pc and tutup mana yang patut. then, jalan cepat-cepat ke kereta. jam dekat dashboard aku dah pukul 4.37pm. dalam hati rasa macam "hmm..tak sempat nie. post office tutup pukul 5pm."

tapi atleast kite kene mencuba kan? hehe. so, aku decide ikot LEKAS highway yang confirm memang lekas pon. bila nak tekan minyak tiba-tiba tengok kat depan ada kereta bos. adehhh..dalam pale pikir nak potong ke tak kereta bos. malu lah i nanti bos nampak aku bawak kereta laju-laju. dah lah dulu kene tegur dengan bos sebab kantoi bawakkereta laju-laju dekat highway Elite. kot sekali takpe. tapi beberapa kali ler jugak kantoi. sebabnya nak cepat-cepat sampai Puncak Alam jumpa enchek suami. gelojoh kan?haha. tapi sejak pregnant nih tabiat bawak laju aku dah hilang sikit. kadang-kadang bawak 60km/j jer. *marah orang kereta belakang* huhu.


last-last aku potong jugak kereta bos. sebab bos bawak 80km/j jer. kalau aku folo belakang bos confirm tak sempat nak g post office. huhu. dah lepas kereta bos baru tekan minyak banyak-banyak. haha. keluar dekat exit  Nilai and ikot short cut dekat Batang Benar. sampai dekat jalan short cut, tiba-tiba macam ade roadblock. tapi bukan polis tapi ade lori tak lepas jalan. adehhh..time nieh la banyak tol halangan. takpe.takpe. sabar. sempat lagi. ade 10 minit lagi. lepas halangan yang tuh aku pecut lagi. tapi bila dah dekat jalan biasa, nak pecut lebey2 pun tak boley. mesti ade je yang menghalang. like kereta depan bawak slow la, traffic light la. kan? tapi lucky sebab jalan dekat Nilai 3 tuh besar. boley main cilok2.

sampai dekat Bukit Mahkota, ade kereta Nissan depan aku bawak slow. bila aku nak potong kereta tuh tiba-tiba dia makan jalan aku. *time tuh dekat double lane* and perangai aku kalau bawak kereta repons selalu lambat nak hon. bila lupa nak hon rasa macam tak puas hati jer. tapi kali nie tiba-tiba tindak balas aku cepat. kehkehkeh. terus je hon bila kereta tuh rapat dengan kereta aku. yang aku paling puas hon aku tuh kuat dan PANJANG. perghhhh...rasa macam satu kepuasan pulak bila dapat hon nyonya bawak Nissan tuh. haha. tapi yang sakit hati boley nyonya tuh buat derk je. angkat tangan sikit pon tak. siput sungguh!!! takpelah janji dapat hon*gelak jahat*

then, aku teruskan pemanduan aku. *ececey*ayat skema giler. still kejar masa.ade 2 minit lagi. tapi kali ni kelajuan aku dah slow. sebab dah nak sampai even tinggal 2 minit je lagi yang aku rasa confirm tak sempat. T_T sampai dekat simpang before nak ke post office aku bagi ler signal siap-siap nak masuk simpang tuh. tiba-tiba kereta depan aku dengan tak bagi signal terus mencelah nak masuk simpang tuh jugak. adehhhh..kenapa sekali lagi??? nape ramai sangat orang tak alert neh. bak kata lecturer aku, bukan kena pakai mancis pon nak bagi signal tuh. adeh.adeh.adeh. geram sangat-sangat. tapi kali nie aku tak hon pon sebab driver kereta depan tuh pakcik yang bersongkok. oke la, bagi chance la walaupon pakcik hampir-hampir menyeret kereta saya. uwaaaaa!!! terpaksa tahan sabar kali nie. T_T so, malas nak pikir panjang dari eksiden nanti terus tak dapat pergi pick up kain, sia-sia je nanti aku bawak kereta laju-laju.


bila aku sampai depan post office, aku tengok sebelah pintu post office dah nak ditutup.cepat-cepat parking and jalan laju-laju ke post office. time tuh ade sorang lagi mamat dekat kaunter. and tiba-tiba kakak kaunter cakap, "kak, sorry, kita dah tutup yer" uwaaaaa...sedey. nak ambik parcel je kak. takkan tak boley. T_T
tapi bila kakak tuh nampak aku pegang note untuk amek parcel tuh dia bagi jugak aku tunggu. yeay!!!!
and finally, dapat jugak amek kain tuh even terpaksa tempoh pelbagai dugaan. haha. bila dah dapat parcel, mula lah nak senyum bangga diselitkan dengan sengih kambing. kehkehkeh. puas jugak hati dah dapat kain. ngeeee~~

ni lah kain yang aku order tuh. =)
maybe kaler nak berbeza dengan yang bawah because of lighting.
tapi dua2 adalah kain yang same. kain yang bawah ni dari fb Borong Kain Sulam



 sangat2 puas hati dengan kain ni sebab cantik sangat. heeee~~ nama kain ni kain suji bunga timbul. dari last year nak buat baju dari kain sulam tapi disebabkan last year tengah femes dengan kain cotton terpaksalah aku lupakan kejap kain sulam nie sebab tengah addict dengan kain cotton. tapi hari tuh, kakak ni buat jualan gudang, so cepat-cepat aku book kain nie. hehe. 
and sekarang dah dapat pon. ^_^



~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~