Thursday, October 13, 2011

about BREASTFEEDING

Assalammualaikum w.b.t readers,
Lamanyer tak berblogging. nak BW lagi ler malas. yela, kalau dah blog sendiri pon tak bukak. ni kan pulak nak usha blog orang lain. adehhh...nak kata busy kat ofis, aku sentiasa je la free (for this time being je la) yela, projek dah siap just tunggu transfer letter keluar jek. ni pun dah berkudis tiap2 hari datang ofis bukak internet jer. but d good point is aku boley search perkara2 berkaitan dengan baby.hihi. like toys untuk baby, blog2 baju baby yang comel2, and sekarang tengah berusaha dengan gigih untuk carik resipi for my baby. less two months from now, Firas akan start makan solid food. so, aku sebagai ibu will try to give the best for him. excited pulak rasa nak bagi Firas makan. selalu nye bila time aku makan Firas duk perati je. macam nak join sekali. sesekali mulut die mesti terkumat- kamit jugak macam nak makan. sedih pulak tengok die. tapi aku tak berani nak bagi die makan solid food lagi sebab the best time to feeding baby is after they turns 6 month. even my paed pernah inform kalau nak bagi baby makan start 4 month pon dah boley tapi aku tak berapa confident pulak. takut sistem penghadaman baby belum cukup matang. takpelah, pejam celik pejam celik sok dapat jugaklah firas makan solid food kan. 
 
so far, aku berjaya fully breastfeeding (BF) Firas. i enjoy every moments when im with him. especially time BF la. feeling tuh macam lain sikit. aku rasa every time aku BF firas aku rasa macam dekat sangat dengan dia. how to explain yer? hehe. maybe tulah kot kelebihan BF baby sendiri. satu perasaan yang susah nak gambarkan. sebab tiap kali BF, firas mesti carik jari aku untuk die genggam. while tengah riba die time BF, tangan aku yang tengah riba die aku akan usap2/tepuk2 paha die. so, dia akan slowly terlelap sambil mulut still nyot2. hihi. cute kan? and kadang2 boley sampai setengah jam ke sejam die nyot2 sambil tidur. and kalau aku memang free time tu aku akan biarkan jer situasi tuh. selesa bila macam tuh. and if die lapar but not sleepy, bila time BF tuh kadang2 die akan stop nyot2 then pandang muka aku sambil senyum then continue nyot2 lagi. haha. sempat lagi senyum ko. cute kan? and sometimes die boley buat macam 4,5x in one time. just to give a smile! owh, my.....sangat bahagia rasanya. hehe.

actually, tadi masa tengah bosan2 bukak FB, aku terjumpa something yang agak bagus for BF mom like me. let's check it out!
*wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya, akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya
*wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang sedang menangis, maka Allah SWT beri satu tahun pahala solat dan puasa
*kalau wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh dua setengah tahun, maka malaikat di langit mengkhabarkan syurga wajib baginya
*seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan beroleh pahala seperti membebaskan 20 orang hamba..
 
since Firas lahir aku dah determine, " i wanna fully BF my baby until he turns 2" . even masa 2,3 days after delivered, susu badan aku takde, aku rasa kecewa sangat2. then, after urut baru lah susu badan melimpah ruah or like other mommies categorized it as "susu meriah". time tuh memang sangat2 suka. and even Firas tak BF pon susu still keluar sampai basah baju. then, bila fikir dari susu ni dibazirkan ke baju better aku beli breast pump (BP). alhamdullillah maybe time tuh memang rezeki anak orang kata. hujung bulan June (my confinement period) dapat bonus. seronok sangat2. dah ler tak keje pas2 dapat duit masyuk. memang gila suka la time tuh. terus beli package breast pump (for working mother) dekat One Baby World. mula2 terfikir nak beli yang manual tapi bila pikir sok2 aku nak keje tak kan nak pump manual. mesti lambat. last2 i choose Medela Mini Electric. takpelah habis beratus janji berbaloi dari kene keluar kan duit bulan2 beli formula milk (FM). dari situ boley lah aku saving. dari bulan2 aku habiskan duit beli FM better duit tuh aku buat saving for Firas or belikan new toys and clothes for him. kan ker jimat namenyer tuh. hehe. hopefully usaha aku nak BF Firas sampai umur 2 tahun tercapai. amin. hope mommies kat luar sane yang fully BF their babies pon berjaya gak. hehe.
 Bila cite pasal BF, lepas raya aritu susu aku memang drop sikit. bese orang drop susu time puasa. tapi aku terbalik. lepas raya pulak susu jadi sikit. kadang2 pam dapat la dalam 1-3oz. memang gila kecewa la time tuh. tapi memang silap aku gak. even aku direct feed (DF) Firas, tapi aku jarang pam. so, susu drop. pas2 pulak bila g beraya tuan rumah duk hidang air berais. takkan la nak demand "cik tuan rumah ,saya ni BF anak saya, tolong buat air panas boley?" meme kene cepuk la dengan tuan rumah kan? silap2 kene halau. kehkehkeh. oke, tipu jer. tak buat camtuh pon. silap aku sebenarnyer. merelakan diri sendiri minum ais. amekaw!!!then, macam2 la ikhtiar aku buat. antaranya:-
1) Minum susu.
Aku amalkan minum susu Anmum LACTA. before this, aku minum Horlicks je. tapi bila bawak Firas g check up , doc marah aku minum Horlicks sebab masa aku pregnant dulu pernah ada kes diabetese. so, doc tak prefer aku minum Horlicks and ask me to drink milk. and sampai sekarang aku maintain minum Anmum eventho, aku pernah cakap kat doc kalau minum Anmum nanti cepat gemok. silap2 kene marah lagi. muahahaha. doc tak agree statement tuh. doc cakap orang jadi gemok because they not control what they eat. ha..amekaw! so, sekarang susu aku amek just 2 times per day. pagi & malam. nescafe & coffee pulak meme dah lame aku tak sentuh. milo kadang2 jer buat bila perasan stok susu dah abih. T_T
2) Minum banyak air masak.
Yang ni pon aku duk kene marah ngan doc. since preggy lagi doc dah pesan kat aku. "u have to drink 2-3 bottles (1.5l) water per day. selagi urine u tak putih macam air masak selagi tuh badan u tak cukup air." ha..lagi sekali. amekaw!!!since dat day, tiap2 hari aku akan pastikan siang aku abehkan 1.5-2l air masak and malam pun dalam kuantiti yang sama. sebab bila BF, aku akan cepat rasa haus. that's y doc cakap badan kite dehydrate. sebab kurang minum air. nak2 bila BF. 
3) Banyakkan makan sayur and buah.
Kalau pasal makan kadang2 aku cepat lapar, kadang ok je nafsu nak makan. takdela rasa asek nak mengunyah jer. hehe. ni pon doc dah pesan banyak kali jugak. "sayur hijau perlu 3/4 dalam pinggan nasi u." means kalau nak makan, sayur je la yang penuh dalam pinggan. nasi tuh amek je la sesenduk sudah. huhu. tapi aku lebih banyak makan buah dari sayur.
4) Pil Tambah Susu
Yang ni aku makan bila rasa susu kurang. ade certain pills yang work out. aku pernah makan satu pills neh and betol2 effective. baru 2,3 jam makan cik B dah bengkak. and cepat2 kene pump. kalau x, memang sakit gila la menahan bengkak cik B. pernah sekali aku kene g course kat HQ, so, waktu lunch memang tak dapekla nak balik umah BF kan firas sebab usually time lunch aku balik tuk BF kan firas. tapi hari tu tak dapat.yela, PJ-Seremban celah mane nye nak balik untuk sejam jer kan? dahlah dengan BP nyer tak bawak. bila dah pukul 3pm cik B dah membesar dan membengkak. abeh je course terus pecut laju balik seremban. sampai je rumah bagi BF Firas baru ler lega. then, still kene pump sebab cik B still banyak air. 
5) Halba (Fenugreek)
Yang ni aku pernah terbaca kat forum. ramai suggest makan benda ni sebab boley banyakkan susu. so far, aku minum ok la. tapi rase die......korang rasa la sendiri. hehe. malas nak bagi taw. kehkehkeh. 
6) Tuam cik B with daun sirih.
Yang ni pon kekadang jer aku buat. bila time ade free. hehe. tapi memang betol pon. cik B ni kene selalu tuam/urut baru susu 2 lancar.
7) Makan supplemen.
Untuk supplemen, aku makan ESP & Lecithin. tapi aku bukan nak jatuhkan produk orang. but yang ni aku makan tak berkesan pape pon. abeh jahanam duit aku terbang tapi not effective at all. susu makin takde lagi la. geram!!!bila tanya kat agent tuh nape susu kurang, diorang suh beli complete set. adehhh..kot produk ko murah and berkesan takpe gak. memang tak la aku nak beli lagi. tertipu sudah gua....menchik!!! @_@ eh, kejap. aku tak tau la kot lain orang makan kot oke ke, aku makan x oke. yela. hormon kan lain2 kan?
8) Lobak putih.
ok, yang ni confirm aku tak try lagi. aritu dah berkobar2 nak makan sekali lobak putih xde plak. sedih. T_T. takpe..takpe..next time aku borong 1 bakul lobak putih. ngeh3.

Setakat ni, ni je la yang aku amalkan .kot ade sesape ade petua lagi best nak meriahkan susu. mehler share ngan aku. hehe. tibe2 rase macam nak follow Dynas Mokhtar yang sangat commited BF her lil dotter..isnt that suweeeet? ngeeeeeeeeeeee~~ ^_^


 

~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~