salam readers,
last week cuti panjang kan?korang ke mana habehkan cuti?aku and enchek suami plan mula2 nak pergi jalan2 makan angin sebab kaki gatal nak berjalan tapi atlast kelaut kampung enchek suami sudehnyer...huhu..sebabnya, kalau tak balik sekarang maybe dua tiga bulan jugak nanti kami tak balik ke perak sebab insyaAllah awal bulan june dah nak jumpa orang baru. weeee~~~ so, hari sabtu lepas after tunggu enchek suami balik dari office terus balik perak. sempat juga singgah JJ Seri Kembangan untuk beli final baby'stuff yang tercicir nak beli. cloth diapers. huhu. sebab tuh antara barang yang nak kene bawak g hospital nanti.
alhamdulillah
semua barang baby dah almost complete. Cuma barang2 yang nak digunakan bila
baby dah besar or after aku pantang je yang akan beli kemudian. Masa aku
balik kampung aritu, family abg long enchek suami pon balik sekali. So,
sempatla aku dapatkan tips2 terakhir dari kak long untuk final stage
kehamilan aku nih. kak long cakap minyak selusuh maybe dia tak dapat nak
provide untuk aku since dia tak balik kampung mak dia kat JB. so, aku awal2
dah prepare mintak enchek suami buat sendiri air selusuh and aku pon dah
start minum air tuh. and then, hari tu before nak balik, my MIL sempat bagi
aku bunga siti fatimah untuk memudahkan bersalin nanti. alhamdulillah, nasib
baik my MIL ada beli masa pergi tunaikan umrah hari tu. yela, walaupon kita
dah doa mohon dipermudahkan bersalin and baca surah Maryam, usaha pon kene
ade jugak kan?usahanya, minum air bunga siti fatimah ni la and amalkan minum
air selusuh. kalau setakat berdoa tanpa usaha tak menjadi jugak kan?betol
tak?heeee~~
my MIL pesan bunga ni rendam seminggu before due smpai bunga
tuh kembang. and minum bila dah start sakit and bacalah selawat before minum
tuh. tapi, dari yang aku seacrh from internet (blog and forum) cakap bila dah
masuk 37 weeks dah boley start minum. confuse aku sekejap?mane 1 nak folo?
tapi papepon aku akan folo ape yang my MIL dah pesan. sebab orang tua lagi
arif kan benda2 macam ni?and kak long pon cakap benda yang sama. dah masok
labour room baru minum sebab kadang2 ade nurse/doctor akan tanya kita ade
bawak air selusuh/bunga siti fatimah ke tak. so, just get ready je la air tuh
bawak pergi hospital nanti. macam2 petua and pesanan my MIL bagi. mane yang
aku ingat aku buatla mane yang terlupa kadang2 tak buat.huhu. my MIL pon siap
bagi buku doa2 untuk permudahkan bersalin. terharu pulak rasa pengorbanan my
MIL nie. hope dapatlah balas balik jasa my MIL jaga aku selama aku pregnant
nih. dah macam2 petua dapat nih. hehe.
nilah rupa bunga siti fatimah.
source from google.
dari source from google ade yang cakap bila bunga ni kite rendam and dah kembang tandanya dah nak bersalin. wallahualam. aku pon belom start merendam pon lagi bunga nih. tak tau bila waktu yang seswai nak rendam. maybe ujung bulan nih dah boley rendam kot.
so, by this week aku dah masuk 35
weeks. ade lagi dalam 5 minggu je lagi nak jumpa si kenit kat dalam perut
nih. perasaan macam2 ade. excited, nervous, happy. macam2 la. tapi yang
terlebey sekarang ni just rasa nak tengok muka baby jer. hmm...tak
sabarnyer!!!! kak long cite experience die dulu week 37 baby die dah kua dah.
and ketiga2 anak dia kua awal. so, tak folo EDD pon. aku pon harap2 baby pon
kua la awal sikit sebab sekarang memang rasa dah tak larat sangat2. jalan
sikit dah penat, kaki makin bengkak, tidur malam selalu terjaga dengan sakit
belakang lagi. baru kemas rumah sikit dah termengah2. adehh. and hopefully time dah nak sakit tuh biarlah tunggu waktu hubby ade
bersama. naya je kalau tiba2 rasa sakit time sorang2 dekat rumah or time
tengah keje. huhu.
p/s: hope mommy-to-be yang laen yang tengah menunggu baby masing2 kua pon macam tuh jugak. dipermudahkan segala kesulitan waktu nak bersalin nanti. amin.
yuyu belum minum lagi air selusuh..tp dh ada..tp yuyu bukan air, minyak..mcm geli je nak minum minyak..hehehe
ReplyDelete@mommie yuyu
ReplyDeleteowh..minyak..org cakap minyak tuh minum waktu dh sakit baru minum kan?sebab nak kasi licinkan laluan baby keluar...air selusuh nih hubby kita yang buat..so, boley lah start minum dah... =)