Wednesday, February 23, 2011

jom ramai-ramai join FACEBLOG

salam readers,

pagi ni aku ada terbaca satu blog ni. nak taw blog mane klik sini. klik taw jangan tak klik pulak. *eceh, paksa nih!* hehe. oke, masa tengah blogwalking dekat blog ni, aku terbaca satu entry ni pasal faceblog. apebendaalahnye faceblog ni? yela, setahu aku just ada facebook. tapi sekarang blog pon dah ade "face" jugak. kekekeke. oke, meh nak share sikit ape tuh faceblog.



Tujuan FB: 

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH.


emmm...ade paham ker? huhu..kalau tak paham bacalah balik ayat kat atas ni ek. hehe. faceblog ni lebey kurang macam facebook ler. komuniti yang menjalinkan hubungan "friendship" gituw. akan ada lebey ada ramai kawan/followers. so, everythings yang kita nak share dekat blog akan dikongsi jugak dekat faceblog ni. macam best kan? 
so, macam mana nak join FACEBLOG?

just pergi dekat sini

and follow the instructions step by step and automatically korang akan masuk group FACEBLOG.
so, ape lagi?
jom join ramai-ramai. =)


Tuesday, February 22, 2011

another tips for mommy-to-be

salam readers, 

hari ini hari selasa. Heee~~oke, aktiviti hari ni duk googling on the internet sambil berselang-seli buat keje office. Hari ni aku sempat seacrh  beberapa info tentang khasiat-khasiat tambahan untuk ibu-ibu mengandung dan juga untuk baby. antara yang info menarik yang aku jumpa hasil carian google:- 



ihsan google

 1. makan buah delima - daripada pengalaman ibu- ibu mengandung yang lain, diorang cakap makan buah delima sangat bagus untuk ibu dan juga anak. Antara khasiat yang kita dapat ialah kulit akan jadi cantik termasuk kulit baby. and diorang pon siap pesan kalau makan buah delima nie, jangan share dengan sesiapa. even dengan hubby sendiri. *so, cuba berlagak kedekut dengan hubby masing-masing yer* ngahahaha* .reason nya: hanya sebijik or sebutir je dari banyak2 butir dalam buah delima tuh yang mempunyai khasiat yang bagus. so, kalau dah share nanti takut  sebutir yang berkhasiat tuh hubby/ orang yang share dengan kita tuh yang dapat. so, kene kedekut sikit lah kalau nak makan buah nie. heee~~ nak taw lebey banyak info pergi je kat website nie



ihsan google

 2. amalkan makan buah kurma, kisimis & madu - kalau tak lalu nak makan buah kurma boley minum jus kurma. Tak kisah lah mana-mana pun.  Kelebihan buah kurma dan kismis dapat membantu perkembangan otak bayi selain dapat memudahkan bersalin nanti.  And macam yang semua taw Rasullulah s.a.w sendiri pon amalkan makan buah kurma kan? macam kismis masa awal-awal preggy dulu aku selalu makan. beli sekotak besar kismis yang dalam tupperware lutsinar tuh dekat alamanda. kadang-kadang tengah drive pon mengunyah makan kismis sampai satu hari tuh aku makan sambil drive. and then, kotak kismis tuh aku letak kat sebelah seat driver atas handbag aku. bila sampai dekat selekoh, tiba-tiba terlambak kismis dalam kotak tuh. sedey. T_T kene beli yang baru. lagi satu info aku pernah terbaca bila baby dah keluar nanti, letakkan sikit buah kurma dekat lelangit baby. tujuan nya supaya bayi tu nanti akan jadi anak yang baik, sopan-santun dan mendengar cakap. tapi ada yang cakap lebih afdhal kalau yang letakkan kurma tuh orang-orang yang alim warak macam ustaz ke, imam ke. tujuan nya supaya bayi tuh nanti akan mengikut jejak langkah atau mewarisi sifat ustaz/imam tuh. nak lagi info meh klik sini atau pon  yang ni

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."




ihsan google


 3. amalkan makan Gamogen Gold. Yang ni aku info baru yang aku dapat. Mana nak cari  benda ni aku tak sure. Maybe boley try pergi supermarket or kedai-kedai.  Kalau aku dah jumpa benda alah ni aku inform oke. Gamogen ni bagus untuk kulit baby jugak sebab boley mencantikkan dan menghaluskan kulit baby. bagi baby putih gebus-gebus gituw. hehe.  kalau nak taw lebey banyak pasal Gamogen korang google je la ek. aku pon tak abih study lagi pasal benda alah nie. 


ihsan google

 4. amalkan makan spirulina. Dari info yang aku baca kebanyakan ibu-ibu mengandung amalkan makan spirulina brand Elken. Khasiat dia: kulit baby jadi cantik and antibodi baby pon kuat. So, baby akan jarang-jarang sakit or demam. Tapi kebanyakan ibu-ibu makan spirulina ni lepas bersalin/berpantang. waktu bersalin aku tak sure pulak boley makan ke tak. 

ihsan google

5.  minum susu dan juga soya. Kalau minum susu of course la untuk bagi kalsium untuk ibu dan juga baby. selain boley kuatkan tulang ibu and baby tuh sendiri, kalsium jugak boley elakkan kaki ibu dari bengkak bila dah masuk trimester nanti.  + boley elakkan sakit gigi jugak. So, kalau ada ibu-ibu mengandung yang tak boley minum susu boley amalkan minum soya.  tapi ada yang cakap kalau minum soya banyak-banyak nanti kulit baby senang kene alahan/allergic. betol ker? wallahualam. yang ni aku tak sure. kene tanya ibu-ibu lain yang ada experience. hehe. 

ihsan google

 6. minum air kelapa bila dah masuk 6-7 bulan. Yang ni aku rasa semua orang taw ape khasiat buah kelapa. 1st untuk dapatkan kulit baby yang cantik. So, nanti bila baby dah keluar tak delah kulit baby bersisik. Selain tuh, insyaAllah boley memudahkan ibu bersalin.  


ihsan google

 7. elakkan makan buah tembikai. Ada yang cakap tembikai boley buat badan kita banyak angin. Ada jugak yang cakap tembikai ni panas. *yeker?bukan sewjuk ker?* Tapi amalkan makan buah-buahan e.g.: epal hijau or merah, anggur, pisang, jambu batu dan buah delima. macam sekarang, every weeks aku akan beli buah epal merah + hijau, anggur, jambu batu dan limau.  kalau nak makan jambu batu jangan kupas kulit dia yer. 

8.  Kurangkan makan asam/jeruk. Sebab akan ade side effect kat baby lepas lahir nanti. Macam penyakit kuning.yang ni aku tak sure sangat tapi better elakkan je lah. banyak lagi makanan berkhasiat yang ada. lagi satu elakkan juga makan makanan fastfood dan air berkarbonat. pon akan effect dekat baby jugak nanti. dari tengok baby sakit baik elakkan makan kan? takpe, lepas pantang nanti boley makan puas-puas kan? =)

so, ni antara info yang aku dapat. balik keje nanti boley g carik kurma dan kismis. gamogen tuh pon boley usha-usha dekat kedai kan? hehe. so, selamat beramal. 


Monday, February 21, 2011

awet muda with Safi Rania Gold

salam readers,

tahun ni secara otomatiknya umur aku akan menjadi suku abad. huuu..bunyi macam dah berkurun je kan?kehkehkeh. Oke, nak cite sikit pasal umur nie. memandangkan hujung tahun ni umur aku akan bertukar kepada angka 25. so, time ni lah aktiviti penuaan kulit akan start berlaku. meh, nak share sikit. antara tanda-tanda penuaan kulit ialah garis-garis halus dan kedut, bintik-bintik hitam, kulit kering dan kasar, kulit kelam, pori-pori besar dan penurunan elasitas kulit. walaupon setakat ni belom lagi nampak tanda-tanda ni, so, aku kenelah amik tindakan awal kan? hehe. dapatlah mengelakkan penuaan kulit dari terjadi lebey cepat. kuikuikui. jadi untuk mengatasi masalah ni, aku terbacalah tentang cara-cara untuk maintain awet muda dekat satu blog ni. tapi aku dah lupa apa nama blog tuh. bila carik balik tak jumpa. huhu. nanti dah jumpa balik aku tepek la nama blog tuh kat sini oke.

oke, blogger nih suggest kan pakai safi rania gold. Dia kate bagus untuk awet muda di samping untuk mengelakkan muka daripada berlakunya gejala penuaan. Hehe. aku nih pulak kalau bab-bab pakai cream sangat suka tukar-tukar jenama. time sekolah dulu suka pakai biore / clean & clear. bila masuk zaman u lagi suka tukar-tukar. Habis je satu produk terus nak try brand lain. Tapi yang selalu maintain pakai just brand neutrogena.  antara produk-produk yang aku pernah pakai fair & lovely, neutrogena, biore, nano white, clinelle, clean & clear and few mores yang aku dah tak hingat. macam sekarang aku pakai nano white (facial wash untuk pakai dekat office jer) clinelle (facial wash, toner and moisturizer - untuk pakai dekat rumah) and BB cream before nak keluar rumah. and bila terbaca pasal safi rania gold tuh terus je beli. and setakat ni dah seminggu kot pakai *just pakai cream je* and kulit muka tersangatlah licin. mungkin jugak sebab hasil gabungan pakai dengan produk clinelle tuh.  and semalam aku mark up lagi. Beli scrub and toner safi rania gold. Hehe. so, next time nak mark up lagi beli krim untuk mata, moisturizer and krim malam safi pulak. Hehe.
owh, another good things, safi rania gold ni disahkan halal and suci. so, boley guna tanpa was-was.*ececey, dah macam iklan pulak dah.* walaupon masa awal-awal pakai krim safi nih aku rasa macam "ish, melekit lah, berminyak lah tapi bila dah lama-lama pakai baru rasa sebati dengan jiwa.mwahahaha.

korang boley lah usha-usha blog ni. sebab owner dia jual barang safi nih kira dalam price range yang murah-murah jugak. semalam masa aku usha dekat Watson's and dekat dalam supermarket JJ, price untuk scrub RM14.90, tapi dekat blog ni dia jual just rm12 je. murah kan? so, try ler usha blog nih: set safi rania gold
and kalau nak tahu ape kelebihan pakai set safi rania gold korang boley try usha blog ni pulak :
safi rania gold.







so, ape lagi. g la try. kehkehkeh. sempat lagi promo kat sini ek. boley dapatkan di mana-mana kedai yang jual safi rania gold oke. hehe. =p


Sunday, February 20, 2011

4d scan @ Klinik Rekha

salam readers,

hari ni pagi-pagi sudah bangun. excited nak pergi klinik. haha. ada ke orang excited nak pergi klinik? oke, ni first time rasa excited nak pergi klinik. after subuh, terus mandi and siap-siap untuk pergi klinik. after breakfast with my mom terus heading to clinic with hubby. 
oke, excited nak pergi klinik sebab nak buat 4d scan semata-mata. sanggup bangun awal pagi untuk tengok our little baby secara jelas. selalu kalau pergi buat check up just dapat tengok 2d jer. macam tak best jer tengok black and white. tak nampak pon muka baby, hidung, mata, mulut, tangan and kaki baby macam mana. oke, dekat Seremban nih, ada satu klinik pakar untuk wanita bersalin. nama klinik nih klinik pakar wanita bersalin Rekha. *aku tak tau  kenapa aku suka pergi klinik doc India. maybe sebab diorang memang expert kot. sebab tuh ramai student medic pergi belajar medic dekat India macam member aku nih, farah* lagipon ramai member-member aku yang dah ada experience mengandung suggest pergi klinik nih. sebab klinik nih memang 99% confident dengan kepakaran doc dia.  so, alang-alang dah ada and dekat why not im trying rite? just to double confirm kan balik apa yang doc kat klinik BSP tuh bagi taw aku. kehkehkeh. oke, saya memang sangat keras kepala. T_T saya ngertik.

kami sampai klinik 8.55am. klinik pulak bukak pukul 9.00am.so, sampai pon ngam-ngam je la. masa kami sampai tuh dah ada 2 patients tengah tunggu dekat luar sebab pintu depan diorang belum bukak lagi. then, after kami tuhdah ada 2,3 orang patients lagi sampai. bila dah masuk klinik tuh, terus kami take turn untuk dapatkan nombor giliran. and time tuh dah ramai orang sampai. lucky kami sampai awal eventhough doc sampai lewat. tapi sebab baby sanggup tunggu jugak. yela, klinik nih bukak setiap hari even public holiday pon. so, mesti lah doc tuh nak take time untuk diri sendiri jugak kan? hari ahad kene lah slow and easy. tak payah rushing-rushing. kan?

our turn sampai around pukul 10am macam tuh. 2 patients yang pertama tadi memang kejap je dalam bilik doc. dalam hati macam mana doc nih cek patients . expert sangat ke dia? and bila sampai turn aku kene panggil, terus aku and enchek suami masuk bilik doc. oke, doc ni memang gila sempoi oke. memang expert pon. siap baca paper masa rawat patient. time tuh aku teringat member sekolah aku, arfah story pasal experience dia untuk scan 4d untuk baby dia. masa sampai-sampai tuh arfah tanya doc tuh pasal nak taw gender baby. doc tuh siap reply balik cakap dia tuh dah expert, so dont worry la sebab diorang tak pernah silap. ayat memang angkuh gila siput lah kan. confident tak beragak. tapi by the time aku tengok cara doc tuh memang patot lah dia rasa confident sangat. sebab experience dah banyak plus equipments yang dia gunakan semua canggih-canggih. machine scanner 4d tuh pon gila bagak besar mengalahkan scanner 2d tuh. tak payah dah aku nak toleh-toleh ke arah doc untuk tengok baby sebab dah ade screen besar terpampang depan mata bila patients dah baring bila doc scan.


time doc start scan mula-mula rasa macam pelik jugak sebab tak keluar pon muka baby yang jelas. tiba-tiba rasa macam betol ke tak doc ni. tapi atlast kua jugak pic yang aku selalu nampak macam kat dalam blog-blog yang aku biasa jenguk macam blog nie . selalunya  jeles je tengok pic 4d mommy to be yang lain, tapi bila dah nampak baby sendiri dengan jelas terus rasa puas hati sangat-sangat. aku siap mintak doc tuh tolong printkan lagi pic 4d tuh. esok-esok boley pergi frame kan. next time baby dah besar boley tunjuk dekat  baby pic dia dalam perut mommy dia. hehe. and then, doc check everything pasal baby. dari muka, hidung, mata, mulut, kaki, tangan, jantung, kidney, everythings la. and alhamdulillah semua normal. kedudukan baby pon dah tak menyongsang lagi. bila dah pau dengar explanation doc terus pergi kaunter untuk payment. rate kat klinik nih memang oke la. kalau scan 2d rm40 without print tapi 4d around rm100 je plus print photo. not bad la kan?

after that, terus ajak enchek suami pergi survey barang baby dekat JUSCO S2. both of us not yet decides bile nak beli barang since aku pon belum list out kan betol-betol barang keperluan baby. just checking dekat blog-blog mommy-to-be yang dah buat list baby and then compare kan between each others, in case ada items yang tertinggal nanti. lagipon my mom and my mil pon dah pesan beli barang-barang baby bila baby dah masuk 7months and jangan over shopping especially baju baby sebab akan cepat membesar. owh, my mom and my mil dua-dua dah offer nak tolong buatkan barut baby. hehe. dua-dua excited nak sambut cucu. i think my mil lagi excited kot since dah lame tak timang baby. so, barut baby boley ley diketepikan. bantal baby pon maybe nak suh my mil buat tapi tak sure lagi lagipon masa pergi survey barang baby bedding set takdelah mahal sangat pon. still dalam budget. 

sangat gila suka tengok baju baby comel-comel. rasa macam nak grab je semua. tapi bila pikir takot baby yang keluar nanti terbesar pulak so, tahan la nafsu nak shopping. huhu. lagipon masa scan baby tadi pon, tengok pipi and kaki baby sangat chubby. macam ada potential nak besar macam my sis punya anak, zafran je and bila tengok baju baby rasa macam muat ke baby pakai ni. rasa macam so small jer. huhu. so, insyaAllah maybe either next month or another next month akan start buat preparation barang-barang baby plus fokus cari nama baby. hopefully semua berjalan lancar and dipermudahkan olehNya.
amin. 


p/s: i was thinking to delete my blog account since aku nak fokus buat preparation for baby. but hubby cakap tunggu lah sampai jadi mommy dulu. tapi tak decide lagi. huhu. nak delete ke tanak? after diz, confirm dah jarang blogging kot. nak biarkan blog bersawang or just delete it?hmm....
ah, later lah baru decide. heeeee~~~3 months ++ more to go..hati sudah dup dap dup dap nak jumpa baby.. =)

Saturday, February 19, 2011

siri seram 2: kejadian pelik di rumah sewa di Seremban 2.

salam readers,

oke, kali nih nak share pulak pasal kejadian seram yang berlaku dekat sebuah rumah sewa di Seremban 2.
jom bace. ni pon seram siot. huhu.


Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2.. ni sebab kolej aku blaja tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2.. semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba2 mencari rumah sewa di sekitar seremban2.. maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya.. semua x de masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti..
      Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tp disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel utk2 student2 bagi kemasukan disember maka kami budak2 senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.. aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah x de orang macam skng ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yg besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu..
      So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan bararng pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.. wah bertuah tul time tu, sume duk puji2 uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang2 time tu. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu..
      Lupa nak crite, kitorang x pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok2 rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja.. waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, ntah skng ada lagi ke x de.. skng dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..
      Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu.. selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul2 tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.. pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member2 pon senyap je x de nak cakap lebih2.. so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik2 tu berselerak dengan kain merah kuning yg ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm.. x pasal2 kang tertingal flight lak kang..
      Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg bnyk kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yg ada bilik air.. masa nak tutup grill tu aku prasan ada bayang2 kanak2 kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejaut kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, x de apa2 lak.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu maybe bayang2 aku yg tengah tutup grill.. ye lah kan , sliding window tu besar 3 pintu, x de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yg tu bayang2 aku x pn kawan2 aku.. time tu aku x nak kecoh2, kang x pasal2 kawan aku x jadi lak duk umah tu, lg pun x sahih lagi apa yg aku nampak tu..
      Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, skali lg aku nmpk ada bayang2 kat umah tu, kan terang sebab langsir x de dan lampu plak pasang.. aku dah rasa x sedap hati, bayang2 tu macam berlegar2 kat kotak2 kitorang letak tu, bayang2 budak2 kecik.. kotak2 tu x de apa2 pon kecuali buku2 dan barang kitorang yg berat dan malas nak bawak balik umah.. masuk ke dalam van je.. wan senyap je x becakap ape, aku x tau la knape ngan die.. si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu.. sebab pakcik tu syak yg tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yg kitorang pikir mula2..
      Sempat jumpa jaga kejap, suh die tengokan umah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan2 aku ke terminal 1 dan aku ke klia.. aduh panjang tul aku nak type, nanti aku sambung.. panjang ni jangan lak marah kat aku ek, sabar..lagi pun dah nak berbuke dah ni, kang malam aku sambung..
      ***
      Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tudalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kg dekat je kat sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang2 nak kemas umah.. huhuhu, x de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, x sangka beli barang2 nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam2 lagi la, sib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yg ada hanya rufaqa je time tu.. tapi cam biasa la apa barang pon x de kecuali bahan makanan basah..
      Masa mengemas tu x de la apa2 yg pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy2 pasang radio kuat2 sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang2 peninggalan yg ada.. suma aku buang x tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu x de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.. aku cakap ngan dak2 tu yg aku jumpa teddy tu, x pasal2 muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi2 lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit2.. aku nengok die aku plak yg gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) x kan ada sapa2 lak yg masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon x nak pikir panjang2 kang x pasal2 aku yg kecut perut sebab aku yg nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.. so aku masukan dalam plastik sampah hitam yg besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..
      X nak pikir lama2 pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang blkng yg penuh ngan batang2 colok tu.. lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak2 baunya.. pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yg di gunting 2 sebab time tu x de langsir tingkap lebih.. wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.. aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran2 x de, yg ada selang 10 buah rumah tu pon x sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.. siap baring2 kat luar ye la penat, orang pon x de.. area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la..
      Tengah2 kitorang lepak2 kat luar si man jerit2 dari dalam bilik air, time tu bilik air yg kat ruang tamu bersepah ngan baju2 kotor, mop, dan baldi2 so dia gunakan bilik air bilik aku.. aku ngan si wan belari2 la knapa lak si man tu jerit2 lak, sampai2 aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup.. mana x nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah2 aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah mmng gabra dah, wan jgn crita la harap badan je besar tp mmng penakut.. bekali2 cakap kat sii man baru di trima, tp tegamam la sket dia time tu.. tp dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu.. time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal2 sebab terang2 dia cakap tangan tarik pintu.. aku la yg dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok2 lepak kat luar umah..
      Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak2 pasal bende x kene kat umah ni.. aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja x nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, x pasal2 ada gak yg pengsan.. time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yg pusing2 tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu.. lagi lah tambah seriau time tu, mcmanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan x de sapa yg dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dr dapur umah sebab kat depan dah penuh ngan pc dan radio kitorang..
      Sunyi skjap pastu, x de sape becakap, tiba2 man mncelah maybe extnsion ni x elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. man gerak gi dapur nak tengok suis tu mmng off ke on, tp sah dah off, ada la yg offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku time tu dah pikir macam2, man yg tadi duk positif pon dah semacam.. die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap raumah tingal/rumah baru macam ni lah..
      X de apa2 pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali2 mnybbkan semua kaku macam x bergerak n bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 x, tp x de sapa yg jawab.. aku dah risau smcam dah, duk pikir mcm time tu.. rasa happy masuk rumah baru dah x de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa2 hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak x leh sebab asik duk pikir je, aduh x tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang2 time dak2 lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang2 kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..
      Aku ngan wan x dapat tido borak2 sambil pasang radio sayup2 je, ye la x dapat nak buat apa lagi.. tido x leh, siap wan cakap aku x yah tido pon x pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil time tu, dah jam 2pagi kot, tiba2 remote suis kipas yg pusing 0 ke 5 tu berpusing sendirik.. mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing2 kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku x tau nak buat apa dah.. tp kaki aku sibuk sepak2 si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu.. yg aku x tahan tusi man gi jerit HOI!, aduh… baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, xempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..
      Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu.. tp x pasal2 lak bunyi tapak kakit tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmng saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..
      Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yg tekejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi idekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x de… sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu.. abis si man bang, aku pon pelan2 buko selimat sebab ingatkan benda tu dah x de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmng kaki kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah.. aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi..
      Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas.. berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kursi tp x mau gak.. aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah.. azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk2.. man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang2 pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik… man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am.. aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.. ni barulah permulaan.. nanti aku sambung balik cerita ni ye.. kes jadi teruk selepas ayah si man bawak pawang ubat umahh ni…
      ****
      Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah.. mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak di cakapkn dah.. sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmng lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si man dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik..
      Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa.. wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdullilah x de apa sambil dia bercekak2 pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas..
      Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya ber2 je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku.. last2 man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk..
      Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil x leh dan badannye mengigil ketakutan.. pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan.. tu la yg si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu.. tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab x de apa2 kecederaan fizikal pada aku ngan si man mcm yg wan cakap.. tp ada logiknya kalau difikirkan balik apa yg wan saksikan, sebab tiba2 aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali2, tapi aku rasa lebih ½ jam aku bergelut, aku pon x tau apa jadi dalam ½ jam yang hilang tu (aku rasa lemas)..
      Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tp hati kitorang kuat kata x nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya.. jam 11.30am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun2 je dari keta pawang tu dah geleng2 kepala, umah apa korang duduk ni.. sambil2 tu salam ngan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam2 je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng x paham apa maksud tok sheikh tu. kitorang kene suh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba2 terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India, maybe time thr raga kot, ntah la aku pon x tau.. dng radio kuat bunyi pon dah lari, byngkn klau tau yg radio tu plugnya x bersambung..mmmm..
      Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tp plug x sambung.. dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2 sume ketakutan, apelah kes2 camni bawak anak2 kecik lak, x pasal dak2 tu skali trauma.. x lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yg coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye.. mana x nye, kitorang bertiga sendiri yg buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam tong sampah kat depan umah, man dan wan aku tengah tido2 ayam aku cuit suh nengok apa yg tok sheikh jinjing tu.. wan hanya mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada x anak patung tu kat dalam tong sampah.. dia jerit2 panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yg lain.. aku belari nengok, ye tul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tp aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu hanya batu-bata yg aku gunakan untuk menyanggah pintu2 bilik supaya x tertutup dengan baju2 kotor kitorang yg letak dalam bilik air.. aku x leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam tu lak.
      Tok sheikh datang2 kat kitorang marah2 sebab x buang bende ni, aku dah x tau nak cakap apa2 dah, semua man yg jawab.. waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambil2 tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. tiba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam semalam.. kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul2 selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.. hari ahad ke isnin tu x de apa2 berlaku, aku yg mula ragu2 skng dah mula rasa selamat.. sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man x confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon x terang..
      Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik, nanti aku sambung cerita ni lagi.. tapi kali ni lg teruk dan membahayakan!
      *****
      Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, slepas tu baca yasin ramai2 macam hari2 sebelumnya, supaya bende tu x datng ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tngh baca yasin ramai2, tiba2 pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan kitorang suma terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yg diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah2.. kitorang bangun beramai2 sebab ayah man suh rapat2, then kitorang tutup air di sinki dan kedua2 bilik air yg mencurah.. tp x berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, ntah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu x de lak dia cakap pasal pantang2 ni, ni baru lah nak crita pasal pantang2.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm spenda ngan stoking x kan la nak jemur kat luar lak..
      Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yg membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu. kitorang duduk kat bawah suis tu, x de lak dia men suis dah pastu.. aku teringat lauk yg dah beli utk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. time cam ni nak makan pon dah x de slera, terbantut memikirkan benda hal macam ni.. pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah x makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita x de tenaga..
      Aku hilang slera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab lom beli kodial lagi, lg pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu.. masa mak si man nak senduk nasik, dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai kuar rumah termuntah2..manalah datangnye semua tu..
      Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, mmng sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon x tau.. tp rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang2.. esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari.. sebab tok sheikh tu x leh caya, sebab benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr rm200 untuk mengubat tu.. sibuk2 berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki berlari2 seperti yg kitorang alami haritu.. yg nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak2 sambil membawa api, tapi yg herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya ayah ngan mak man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak2 je.. tiba2 mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg terbakar..
      Mmng tekejut tiba2 telekung terbakar, kitorang rapat2 gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar.. mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tp pelik kali ni kitorang x nampak, yg nmpk hanya telekung yg berlipat tiba2 tebakar.. bunyi gelak2 tu sayup2 je pas kitorang masuk rumah tu, tp tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku x nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dlm botol kat depan aku utk makan tadi, sambil2 aku hempas2 sejadah tu.. mmng x leh jadi kali ni, dah sampai bakar2 barang pula.. tapi kali ni aku x la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa mcm selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok2 dah terbakar besar..
      Tak abis itu je, kotak2 pon abis tebakar sume, x tau lah nak buat apa lagi, last2 kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa asap bnyk dr dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yg aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2 hujung kain tu, sebab air dah x de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku2 tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia x nak bagi balik.. tu je la yg si man cakap ngan aku.. nak x nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..
      Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yg dah cam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. tp biarkan pintu umah tu terbuka je.. tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi subuh x de apa2 berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah x dengar.. mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak x nak aku pikir terpaksa la ponteng.. aku ngan si wan mmng x leh tido, x tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas keta macam dipijak2, semua terjaga sebab seperti orang meloncat2 sambil berlari2 atas kereta.. aku tunduk time tu, tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan.. si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku x tau apa benda sebab x nampak.. tapi aku rasa mesti budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni..
      Waktu tu juga ayah si man bang, dan aku baca ayat kursi kuat2, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.. kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah si man suh kitorang angkat2 suma barang masukan dalam keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu, baldi dan benda2 besar tu x bawak, keta manalah nak muat.. sebab x puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia byr letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main2 kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon x de.. jumaat tu kitorang x gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi x de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lg budak kelas kitorang..
      March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2.. aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah2 kat umah yg aku pernah sewa tu dulu.. sapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tp dah nak 7 tahun berlalu, ntah mana aku letaknye.. so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jgn main tarah je.. skali dapat umah bekas tokong x pon kuil, x ke naya.. tapi sampai skng aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg bawa mancis bakar2 barang kat umah tue.


amacam??
seram tak?kihkihkih...


siri seram 1: kisah seram di seksyen 2, shah alam

salam readers,

kisah seram ni aku terbaca dekat wall lecturer yang mengajar aku masa belajar di UTM dulu. aku kalau bab-bab cite seram memang suka nak dengar or tengok. tapi tak bermakna aku seorang yang berani. siyes penakut oke. mwahahaha. oke, meh sini nak share sikit pasal kisah seram & benar yang berlaku di sebuah rumah sewa yang disewa oleh sekumpulan pelajar lelaki UiTM Shah Alam. owh, sebelum baca diharap anda semua tidak lemah semangat yer. cerita nih memang super duper seram. huhu.


seperti yang diceritakan kembali oleh Amir Azfar Aznan, enjoy reading =)



" 9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la]. 

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada. 

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?] 
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya... 
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas. 

Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena. 

Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot. 

Mlm tu kitorg kna lg teruk. 

Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki auk sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda... 
Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat. 

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni. 

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor. 
Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!   


Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah. 

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita. 

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil. 

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak. 

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!! 

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden? 

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg. 

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam. 

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss...... 

Aku demam 3 hari. 

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang. 

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x? 

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu.. 

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..

p/s: kepada semua penduduk seksyen 2, awas.



dekat notes mamat nih ada sorang mamat lagi nih dia comment untuk share kan rumah yang diceritakan. tak tahulah rumah yang mana satu. tapi semua rumah yang ditunjukkan scary oke. aku dah start imagine bukan-bukan dah nie. huhu. untuk tengok rumah tuh klik link ni: http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=475071&extra&page=20

seram tak? =p


p/s: aku teringat masa 2009 aku ada dapat 1 emel tentang rumah yang disewa berhantu dekat area Seremban 2. nanti aku carik balik emel tuh and share dekat blog ni okeh.. =)


~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~