Friday, February 11, 2011

nak share tips sikit..

salam readers,

sejak aku mula disahkan preggy, sorang demi sorang family members - *my mom, my m-i-l, kakak aku, kakak2 ipar*, kawan yang dah berpengalaman, ofismate enchek suami beri tunjuk ajar, petua, nasihat dan macam-macam lagi lah. and sejak tuh aku mula start amalkan apa yang mereka dah share dengan aku tadi. oke, meh sini aku nak share something tentang apa yang diorang dah share dengan aku.

1. Petua, nasihat dan pesanan mak mertua.

Masa awal-awal dapat taw preggy dulu mak mertua aku pesan macam-macam. Yela, sebab dah penah jadi kes tak elok kan sebelum tuh. so, my m-i-l suh ler extra careful sikit. Tak boley dah nak lasak-lasak. Terlompat-lompat, terkinja-kinja macam budak kecik lagi. antara pesanan my m-i-l:

 a. amalkan baca surah maryam, surah lukman dan surah yusuf. macam dalam previous entry aku penah mentioned pasal neh. So, boley refer dekat sini. then, my m-i-l cakap lagi amalkan jugak baca surah al-fil terutama ketika solat. Surah ni my m-i-l cakap insyaAllah akan memudahkan kita untuk bersalin kelak.

 b. jangan duduk dekat tangga or muka pintu.(aku lupa la pintu ke tangga)  ni petua orang-orang tua . Maknanya, kalau kita dah kat pintu 2 jangan la bertenggek kat situ lama-lama. kalau nak keluar, keluar jer. Kalau nak masuk, masuk jer. Macam tu ler lebey kurang. Petua ni untuk elak kita mengalami kesulitan waktu nak bersalin nanti.

 c. jangan bagi orang lalu lalang belakang kita. maksud kat sini, kalau kita tengah duduk especially dekat floor jangan duduk dekat area yang orang boley lalu belakang kita. means better kita duduk bersandar. Petua ni pon ada kene-mengena dengan waktu bersalin nanti.

 d. minum susu soya kalau nak kulit baby cantik. petua ni my m-i-l amalkan masa dia preggy dulu. Bagus untuk kulit baby. lagi satu orang kata kalau minum soya kulit baby akan jadi putih. Yang ni aku kurang periksa pulak. ade jugak yang kata minum susu kulit baby akan jadi putih. Wallahualam. yang ni semua ketentuan dari Allah. Macam mana baby keluar nanti tuh semua Allah s.w.t dah tentukan.

e. hisap air hujung rambut selepas mandi dengan berselawat 3x. yang ni pon petua orang tua-tua jugak. Reason nya untuk mudah bersalin. caranya, lepas dah habis mandi kemudian selawat 3x dan hisap air di hujung rambut.


 2. Petua, nasihat dan pesanan dari kak asma
oke, last two month aku sempat la jumpa kak asma a.k.a wife kepada bff enchek suami iaitu enchek shaiful. kebetulan kak asma balik rumah parents die kat sungai besi and aku pulak teringin nak tengok baby kak asma. so, terus pergi melawat. Masa jumpa kak asma ni, macam-macam info kak asma bagi. Rasa macam tak rugi pon jumpa kak asma. ^_^

 a. makan obimin. yang ni boley gantikan ubat yang klinik government selalu bagi tuh. makan sebijik obimin boley gantikan 3 ubat yang klinik government selalu bagi tuh.  tapi ade jugak klinik government yang bagi obimin. Tapi kalau yang tak tu boley carik obimin dekat farmasi.

b. minum susu. ni pon sama yang macam my m-i-l bagitau tuh. of course la untuk bantu pembesaran bayi kan di samping boley bagi kalsium dekat ibu.

c. jangan minum air tebu. Sebabnya air tebu ni tajam. Takut boley effect dekat baby. d. jangan lilit or selempangkan towel dekat leher. Ni petua orang tua-tua bak kata kak asma. Reasonnye, takut nanti baby terbelit dengan uri. emm..ikotkan banyak lagi info kak asma bagi tapi aku dah terlupa. Huhu.

3. Petua, nasihat dan pesanan dari kakak ipar ku, kak ngah. Dulu masa awal-awal dapat tahu aku pregnant takut nak post dekat fesbuk. sebabnya, pada hari aku disahkan pregnant, kak ngah pulak baru je keguguran. Time tuh baby die dah dalam 2-3 bulan macam tuh. oleh sebab takut kak ngah sedih so, tanak la shout out pape dekat fesbuk sampai la sekarang. Huhu. tapi, akhirnya kak ngah taw jugak. Dari mana kak ngah taw aku pon tak sure. Tapi aku buat macam biasa. Tanak tunjukkan ke'excited'tan aku tuh. Takut kak ngah sedey pulak nanti. So, diam-diam jer. 3 minggu yang lepas, aku balik rumah parents enchek suami. And family abang ngah enchek suami pon balik juga sebab diorang ada keje yang perlu disettlekan. so, oleh sebab dah ditinggalkan suami masing-masing, so kak ngah start sharing pengalaman dia mengandungkan dua anak dia, hakim dan ain. macam-macam jugak kak ngah share. Dari start mengandung sampai bersalin hinggalah sampai macam mana nak jaga baby.  the whole day tuh chit chat ngan kak ngah pasal mengandung jer. best kan kak ngah? Semua benda dia story.  Antaranya:- (yang aku ingat lagi)

a. minum air kelapa - untuk dapatkan kulit bayi yang cantik lepas deliver nanti. macam my sister jugak, kak lang. minum air kelapa sampai kulit si zafran tuh dah macam kulit orang perempuan dah. Kehkehkeh. my mom pon galakkan minum air kelapa.

b. minum air/minyak selusuh bila dah masuk labour room. Air selusuh ni orang kata boley mudahkan bersalin. macam kak ngah dulu pon dia minum air selusuh ni and alhamdulillah dia kata waktu dia bersalin tak complicated pon. Senang je baby nak kua. ^_^   kak ngah siap pesan mintak air selusuh dekat kak long kami. Sebabnya dekat dengan rumah parents kak long di kampung melayu majidee ada bidan yang pandai buat air selusuh and kak ngah pon minum air selusuh dari bidan tuh. kak asma pon ade jugak mentioned pasal air selusoh. And dia siap tunjuk kat aku lagi bunga selusuh untuk dibuat air rebusan dan minum waktu nak bersalin nanti. so, baru ler taw macam mana bunga selusoh tuh. Hehe.  And kawan aku pulak cakap air selusoh sekarang ni boley beli jer. Rasa-rasa sendayu tinggi pon ade jual. Tapi tahap oke tak oke nya air tuh aku xpasti lah pulak. and yang paling afdhal ialah kalau suami kita sendiri yang buatkan. Cara-cara sila rujuk dekat sini : ceritaabi


c. jangan minum air tebu. Macam yang kak asma cakap jugak. =) and ada lagi kot tapi aku dah lupa.

4. Petua, nasihat dan pesanan dari kakak-kakak ofismate enchek suami, kak anne dan kak linda.
kakak-kakak ni sangat informative. Ada je benda diorang nak share. Kalau tak sampai kan direct kat aku thru fb, diorang akan inform kat enchek suami. tapi info diorang pon lebey kurang macam yang dekat atas ni semua.  tapi kak anne ada cakap kene makan bayam banyak2 and jugak susu. Sebab bayam boley provide iron kepada ibu.              


5. Petua, nasihat dan pesanan dari arfah, new mama.
a. minum air kelapa.
b. ambil vitamin Neuro Gain PB. Bila dah masuk 7 bulan boley la start makan vitamin ni. Vit ni bagus untuk perkembangan otak bayi. =)



Neuro Gain PB


we wif arfah. new mama. *carik la senirik mana 1 new mama ek* kehkehkeh.
pic sewaktu pergi melawat Aina Namira.


Aina Namira. comel kan?
the 3rd of junior V Melati.. =)


aku ada jugak dengar orang cerita pasal macam mana nak taw gender baby. dari kawan-kawan, ada yang cakap kalau perut tuh lonjong anak lelaki. kalau bulat pulak anak perempuan. tapi bila dengar orang lain bercerita benda tuh dah jadi vice versa. ade jugak yang cakap kalau ibu sewaktu mengandung selalu malas-malas nanti bakal dapat anak lelaki. lepas tuh ade pulak yang cakap kalau ibu tuh suka make up dan berhias dapat anak perempuan ade jugak yang vice versa. means kalau tak suka berhias akan dapat anak perempuan sebab seri tuh dah ditarik oleh baby. haishhh...terus konpius aku jadinyer. last-last, malas dah nak caya sangat. tapi hanya dengar jer. betol atau tak kene lah pergi scan kan?hehehe. owh. tak sabarnye nak pergi scan baby..dup dap dup dap dah hati nie. T_T




5 comments:

  1. bagus seh byk petua. leh amalkan. aku soya minum hari-hari tapi nes pon minum hari-hari, mcm mane tuh? haha...

    air kelape pun ak da stat minum tp tu pun time ade pasar malam jela br pg beli. aku sekrang ni cam kepingin plak nak minum air tebu ngan air coke. air bukan2 je aku ngidam skrg ni tak tau nape...

    ko mimpi bby boy ke babe? wahahah... ade canlah anak aku men tembak2 ngan anak ko nnt. (^G_^)

    ReplyDelete
  2. to sophie: hahaha..bagus2..amalkan lah ek..hehe..aku nes dah xsentuh dah. skang bnyk minum susu, soya, nestum and milo jer..

    air gas tuh dah la aku kepingin nk minum gak. tap hubby aku xbg..kemut tol..minum sorok2 nnti bru taw..hehe..

    siyes weyh..kua2 tgk bby boy.adehhh..nitemare tol. riso gak ni. tkot xdpt ape yg aku nak..huhu..tp papepon kene redha je la nnti.. huhu..

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..saja nak share..saya dulu makan homopati salindah...sebab doktor yg syorkan..then takut perut pecah terus, beli NUFERA VCO tu..org kata bagus so makan la..tp 120ml dah rm40..tahan seminggu..ye la, dah makan ,sapu perut lagi..then adik belikan VCO dari UTM..produce dalam lab..370ml baru rm40..terus dah 4 tahun guna vco..2nd baby, makan capsule..rm45 dapat 120 capsule..murahkan?yg liquid uat sapu perut n rambut..hasilnya, perut tak pecah teruk2..

    skang dah jd pengguna tegar VCO, anak umur 4 tahun pun makan gak..
    kalau nak dapat info sila la yer melawatwww.livingactive2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. to hani: salam perkenalan. huhu..thanx for d info..sangat2 berguna kowt nih..pernah gak terbaca psl VCO dekat blog irine nadia marcello. tgk produk tu cm best jer..nnti nak try la..anyway, thanx for sharing.. =)

    ReplyDelete
  5. eh! kak arfah n aina,,
    suami kak arfah nie c0usin sye :)

    ReplyDelete

No anonymous allowed here!!!

~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~