Wednesday, May 4, 2011

Bunga Siti Fatimah

salam readers,

last week cuti panjang kan?korang ke mana habehkan cuti?aku and enchek suami plan mula2 nak pergi jalan2 makan angin sebab kaki gatal nak berjalan tapi atlast kelaut kampung enchek suami sudehnyer...huhu..sebabnya, kalau tak balik sekarang maybe dua tiga bulan jugak nanti kami tak balik ke perak sebab insyaAllah awal bulan june dah nak jumpa orang baru. weeee~~~ so, hari sabtu lepas after tunggu enchek suami balik dari office terus balik perak. sempat juga singgah JJ Seri Kembangan untuk beli final baby'stuff yang tercicir nak beli. cloth diapers. huhu. sebab tuh antara barang yang nak kene bawak g hospital nanti.


alhamdulillah semua barang baby dah almost complete. Cuma barang2 yang nak digunakan bila baby dah besar or after aku pantang je yang akan beli kemudian. Masa aku balik kampung aritu, family abg long enchek suami pon balik sekali. So, sempatla aku dapatkan tips2 terakhir dari kak long untuk final stage kehamilan aku nih. kak long cakap minyak selusuh maybe dia tak dapat nak provide untuk aku since dia tak balik kampung mak dia kat JB. so, aku awal2 dah prepare mintak enchek suami buat sendiri air selusuh and aku pon dah start minum air tuh. and then, hari tu before nak balik, my MIL sempat bagi aku bunga siti fatimah untuk memudahkan bersalin nanti. alhamdulillah, nasib baik my MIL ada beli masa pergi tunaikan umrah hari tu. yela, walaupon kita dah doa mohon dipermudahkan bersalin and baca surah Maryam, usaha pon kene ade jugak kan?usahanya, minum air bunga siti fatimah ni la and amalkan minum air selusuh. kalau setakat berdoa tanpa usaha tak menjadi jugak kan?betol tak?heeee~~



my MIL pesan bunga ni rendam seminggu before due smpai bunga tuh kembang. and minum bila dah start sakit and bacalah selawat before minum tuh. tapi, dari yang aku seacrh from internet (blog and forum) cakap bila dah masuk 37 weeks dah boley start minum. confuse aku sekejap?mane 1 nak folo? tapi papepon aku akan folo ape yang my MIL dah pesan. sebab orang tua lagi arif kan benda2 macam ni?and kak long pon cakap benda yang sama. dah masok labour room baru minum sebab kadang2 ade nurse/doctor akan tanya kita ade bawak air selusuh/bunga siti fatimah ke tak. so, just get ready je la air tuh bawak pergi hospital nanti. macam2 petua and pesanan my MIL bagi. mane yang aku ingat aku buatla mane yang terlupa kadang2 tak buat.huhu. my MIL pon siap bagi buku doa2 untuk permudahkan bersalin. terharu pulak rasa pengorbanan my MIL nie. hope dapatlah balas balik jasa my MIL jaga aku selama aku pregnant nih. dah macam2 petua dapat nih. hehe. 


nilah rupa  bunga siti fatimah. 
source from google. 
dari source from google ade yang cakap bila bunga ni kite rendam and dah kembang tandanya dah nak bersalin. wallahualam. aku pon belom start merendam pon lagi bunga nih. tak tau bila waktu yang seswai nak rendam. maybe ujung bulan nih dah boley rendam kot.


so, by this week aku dah masuk 35 weeks. ade lagi dalam 5 minggu je lagi nak jumpa si kenit kat dalam perut nih. perasaan macam2 ade. excited, nervous, happy. macam2 la. tapi yang terlebey sekarang ni just rasa nak tengok muka baby jer. hmm...tak sabarnyer!!!! kak long cite experience die dulu week 37 baby die dah kua dah. and ketiga2 anak dia kua awal. so, tak folo EDD pon. aku pon harap2 baby pon kua la awal sikit sebab sekarang memang rasa dah tak larat sangat2. jalan sikit dah penat, kaki makin bengkak, tidur malam selalu terjaga dengan sakit belakang lagi. baru kemas rumah sikit dah termengah2. adehh. and hopefully time dah nak sakit tuh biarlah tunggu waktu hubby ade bersama. naya je kalau tiba2 rasa sakit time sorang2 dekat rumah or time tengah keje. huhu.


p/s:  hope mommy-to-be yang laen  yang tengah menunggu baby masing2 kua pon macam tuh jugak. dipermudahkan segala kesulitan waktu nak bersalin nanti. amin. 



2 comments:

  1. yuyu belum minum lagi air selusuh..tp dh ada..tp yuyu bukan air, minyak..mcm geli je nak minum minyak..hehehe

    ReplyDelete
  2. @mommie yuyu
    owh..minyak..org cakap minyak tuh minum waktu dh sakit baru minum kan?sebab nak kasi licinkan laluan baby keluar...air selusuh nih hubby kita yang buat..so, boley lah start minum dah... =)

    ReplyDelete

No anonymous allowed here!!!

~~To Exchange Link Please Leave Your Links Here~~